Nasional

Raja Muda Perlis nasihat masyarakat supaya mengambil langkah cegah jenayah

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitah ingatkan bahawa terdapat beberapa cara untuk menghalang berlakunya jenayah dengan setiap anggota masyarakat perlu mengambil langkah dan sikap lebih berhati-hati pada setiap masa tidak kita di mana sahaja kita berada samada di rumah, di sekolah, pejabat, di luar, jalan raya dan sebagainya, lebih peka terhadap sekeliling, mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengunci pintu, pagar, menghindari kawasan-kawasan berisiko berlaku jenayah, bergerak di dalam kumpulan, melaporkan kepada pihak polis jika terdapat sesuatu yang mencurigakan dan sebagainya.

Jenayah ialah kesalahan yang dilakukan oleh seseorang yang menyalahi undang-undang. Jenayah yang sering berlaku termasuklah curi kenderaan, pecah rumah, mencuri, merompak dan ragut.

Demikian titah baginda selepas berkenan berangkat mengambil bahagian di dalam program ‘MAIPs Peduli Menjejaki Dan Menyantuni Asnaf Bilangan ke 78 bagi tahun 2020’ yang diadakan di perkarangan Masjid Negeri Arau baru-baru ini.

Sebanyak 15 orang asnaf terpilih dari kalangan anak kariah masjid berkenaan menerima sumbangan agihan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) daripada baginda.

(Visited 301 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button