NasionalNegeri

Raja Puan Muda rasmi Bawal Exclusive Perlis Diini Rizqin

Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan di persembah maklum mengenai koleksi tudung semasa merasmikan pembukaan Bawal Exclusive Perlis Diini Rizqin di Butik Diini Rizqin, Jalan Raja Syed Alwi, Kangar.

RAJA Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat merasmikan pembukaan Bawal Exclusive Perlis Diini Rizqin di Butik Diini Rizqin, Jalan Raja Syed Alwi, Kangar.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Pengasas Bawal Exclusive, Mohd Rosli Awang serta Haliza Maysuri.

Bawal Exclusive merupakan pengeluar, pemasar, pereka dan juga pengedar produk berjenama mewah dan eksklusif. Syarikat ini telah bekerjasama dengan Swarovski dan menghasilkan tudung bawal yang dengan elemen kristal yang memukau.

Butik Diini Rizqin pulak merupakan satu-satunya ‘Authorized Reseller’ bagi Bawal Exclusive di Perlis. Terdapat hanya 9 sahaja ‘Authorized Reseller’ di negara ini.

Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen turut berkenan menyempurnakan simbolik perasmian dan menyaksikan pertunjukan fesyen yang memperagakan koleksi-koleksi menarik yang boleh didapati di butik ini.

Sementara itu, mengambil sempena ‘Sambutan Hari Wanita Antarabangsa’ atau ‘Hari Wanita Sedunia’ yang disambut setiap tahun pada 8 Mac, Tuanku Raja Puan Muda bertitah bahawa wanita adalah tunjang utama kepada kejayaan hidup seseorang insan.

Malah wanita menjadi tunjang kepada kejayaan sesebuah negara.

Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan merasmikan pembukaan Bawal Exclusive Perlis Diini Rizqin di Butik Diini Rizqin, Jalan Raja Syed Alwi, Kangar.

Pembentukan dan pendidikan awal daripada institusi keluarga memberikan impak yang cukup besar kepada perkembangan ilmu dan jati diri seseorang manusia.

Wanita yang bergelar sebagai ibu menjadi watak penting dalam membentuk kestabilan pemikiran, fizikal dan rohani seseorang anak. Begitulah juga wanita yang bergelar sebagai isteri menjadi pendokong kepada kejayaan seseorang suami.

Proses lengkap melengkapi dan kerjasama antara satu sama lain menjadi kekuatan kepada pasangan yang berumah tangga dalam mengharungi badai kehidupan yang serba mencabar ini. – SM

BACA Harga tudung bermula serendah RM10,000, inilah butik tudung bawal paling mahal dalam negara

(Visited 51 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button