Agama

Raja Muda Perlis ingatkan tekad MAIPs capai kejayaan

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) serta seluruh agensi bersamanya diingatkan agar terus bertekad dan berusaha untuk menjadi lebih berjaya, bersemangat, bermotivasi serta memperkasakan lagi jalinan kerjasama strategik bagi memperkukuhkan lagi kedudukannya selain menjayakan segala bentuk perancangan demi kebaikan ummah.

Pada masa yang sama juga, terus berusaha mengekal, menyubur dan memperkasakan adat istiadat Melayu yang diwarisi turun-temurun.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menurut hebahan media MAIPs selepas berkenan berangkat menyantuni asnaf Rashidah Abu Bakar, 70, di Kampung Paya bagi menyerahkan sumbangan agihan zakat MAIPs baru-baru ini.

Rashidah kini tinggal bersama anaknya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan merupakan salah seorang penerima ‘Bantuan Fitrah’ dan ‘Program Dakwah Bil Hal Masjid MAIPs’.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor bersyukur di atas pengiktirafan yang telah dizahirkan oleh Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail melalui Titah Baginda semasa Sesi Perasmian Sidang Dewan Undangan Negeri baru-baru ini yang merakamkan ucapan tahniah kepada MAIPs di atas peranan aktifnya dalam membangunkan jiwa umat Islam dan mengembangkan syiar Islam.

Terang Mohd Nazim, ‘Titah Tuanku Raja Perlis mengenai MAIPs terzahir dari hati sanubari Baginda sendiri yang sentiasa meletakkan harapan dan kepercayaan yang begitu tinggi terhadap MAIPs yang diterajui oleh Tuanku Raja Muda merangkap Yang DiPertua untuk terus memainkan peranannya meninggikan Agama Islam Ahlis Sunnah Wal-Jamaah’.

(Visited 212 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button