Hiburan

Bukan Mimi Lana yang bertunanglah..

PELAKON, Mimi Lana menafikan yang dia sudah bertunang seperti yang disangka oleh rakan selebriti dan peminatnya.

Perkara itu dimaklumkan Mimi selepas dia memuat naik gambarnya memakai inai di tangan sambil duduk di atas pelamin persandingan.

Disebabkan gambar itu, ramai yang menyangka bahawa pelakon itu sebenarnya telah bertunang dengan kekasihnya, Syafiq Kyle.

Malah, beberapa rakan artis turut mengucapkan tahniah kerana menyangkakan bahawa mereka sudah bertunang.

Namun, perkara itu segera dinafikan Mimi Lana yang turut meminta maaf kerana telah mengelirukan ramai pihak.

“Saya minta maaf. Merujuk kepada gambar terbaharu saya (di Instagram) itu hanya meraikan supupu kesayangan saya bernikah pada hari ini.

“Terima kasih kerana mendoakan yang baik-baik untuk saya.

“Jangan risau, kalau ada berita gembira, InsyaAllah saya akan kongsikan dengan semua orang pada masa akan datang,” katanya.

Mimi dan pasangannya, Syafiq sebenarnya sudah hampir lima tahun bercinta sebelum didakwa putus pada Mei tahun lalu.

Namun, hubungan mereka kembali terjalin selepas Mimi memuat naik gambar mereka berdua di media sosial.

Malah Syafiq juga sebelum ini mengesahkan yang hubungan mereka sedang menuju ke arah yang baik dan positif. -SM

(Visited 397 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button