NegeriPendidikanRencah Hidup

Pelajar POLIMAS muncul Penuntut Terbaik Kursus Asas Perajurit Muda

PELAJAR Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS), Jitra, Kedah muncul sebagai Penuntut Terbaik dalam Kursus Asas Perajurit Muda Bilangan 1/2024.

Nur Atirah Abdul Nasir pelajar dari Jabatan Kejuruteraan Awam ini menerima cenderahati pengiktirafan dari Timbalan Komander Rejimen 513AW, Lt Kol Kamarulruzaimi Abdul Razak dalam satu majlis perbarisan Penutup kursus di POLIMAS.

Para peserta kursus bergambar beramai-ramai dengan Timbalan Komander Rejimen 513AW, Lt Kol Kamarulruzaimi Abdul Razak selepas majlis penutupan kursus. – Gambar Ihsan POLIMAS

Nur Atirah berkata, beliau tidak menjangka akan terpilih sebagai perajurit muda terbaik dalam kursus ini.

“Alhamdulillah atas pengiktirafan yang diberikan sekaligus membuktikan pelajar POLIMAS boleh berjaya dalam semua bidang yang diceburi sekiranya ada tekad dan usaha dan sentiasa berdisiplin dalam usaha untuk mencapai kejayaan terbaik,” katanya.

Beliau berminat menyertai kursus ini kerana ia dapat membentuk tahap disiplin yang tinggi dan melatih dari segi kekuatan mental dan jasmani untuk menjadikan diri kita lebih yakin dan boleh memimpin.

Mejar Md Fadli Mat Hashim selaku penganjur kursus ini berkata, penglibatan pelajar dalam kursus ini merupakan kerjsama strategik antara Rejimen 513 Askar Wataniah (AW) dengan politeknik bagi memantapkan organisasi keselamatan dan menjadikan anggota lebih berdisiplin, menepati masa dan berketrampilan.

Katanya, pendedahan kepada aktiviti-aktiviti lasak, latihan kawad dan ikhtiar hidup kepada anggota-anggota ini akan menjadikan mereka lebih berkeyakinan dan bijak menguruskan masa mereka dengan lebih berkesan.

Timbalan Komander Rejimen 513AW, Lt Kol Kamarulruzaimi Abdul Razak dalam ucapan penutupnya berkata, dengan semangat yang dipamerkan dalam kursus ini diharap akan berterusan serta menjadi contoh dan pemangkin kepada generasi muda kini untuk sama-sama menabur bakti dalam mempertahankan kedaulatan tanah air.

Katanya lagi, semua penuntut yang terlibat dalam kursus ini diharapkan akan dapat mengaplikasikan sebaik mungkin apa yang telah dipelajari dan peroleh sepanjang tempoh kursus ini sedikit sebanyak dapat mendisiplinkan diri anda semua.

Peserta Kursus Asas Perajurit Muda Bilangan 1/2024 semasa Majlis Penutupan Kursus berlangsung. – Gambar Ihsan POLIMAS

Hadir sama, Dr Mhd Azmin Mat Seman mewakili Pengarah POLIMAS.

Kursus Asas Perajurit Muda (Sukarela) yang diadakan selama sebulan di POLIMAS ini adalah program pertama tahun 2024.

Seramai 55 penuntut menyertai yang melibatkan 22 pelajar POLIMAS, 10 pelajar Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah dan selebihnya belia tempatan. – SM

BACA Permodalan Kedah Berhad mahu jalin kerjasama dengan POLIMAS

(Visited 154 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button