Alam SekitarBencana alam

Raja Muda Perlis ingatkan mereka yang tinggal di tepi pantai supaya peka amaran tsunami

Masyarakat yang tinggal di persisiran pantai wajar mengambil peduli dan sentiasa diberikan peringatan, pendedahan serta tips persediaan tentang bencana tsunami sungguhpun telah berlaku 17 tahun lalu pada 26 Disember 2004.

Tsunami adalah beberapa siri ombak besar yang terhasil daripada pergerakan di dasar lautan akibat gempa bumi atau letusan gunung berapi.

Antaranya ialah mengetahui tanda-tanda tsunami serta mengenali persekitaran dan laluan evakuasi jika berlakunya tsunami. Masyarakat juga hendaklah menjauhi kawasan pantai sekiranya berada di daratan manakala sekiranya berada di lautan, hendaklah menjauhi kawasan persisiran pantai.

Hubungi pihak berkuasa atau saudara mara sekiranya kemudahan komunikasi masih belum terputus, cuba dapatkan benda-benda yang mudah terapung dan apabila sedang menyelamatkan diri dan juga ahli keluarga, jangan bawa barang-barang yang membebankan.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menyantuni dan menyampaikan agihan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) kepada mantan amil bagi kariah Ngulang yang terlantar sakit sebelum pulangnya beliau ke rahmatullah iaitu Allahyarham Sa’ad Ismail, 81 tahun baru-baru ini.

Sumbangan tersebut diterima oleh anak beliau bagi pihak ayahnya yang merupakan penerima ‘Bantuan Baik Pulih Rumah MAIPs’ dan ‘Bantuan Sara Hidup Berkala MAIPs’.

Untuk rekod, selain yang berlaku di Lautan Hindi dan Sumatera pada 2004 yang mengorbankan 230,000 mangsa, antara tsunami terbesar lain telah dilaporkan sebelum ini ialah Hoei, Jepun (1773) 30,000 mangsa, Krakatoa, Indonesia (1883) 36,000 mangsa, Lisbon, Portugal (1775) 100,000 mangsa dan Messina, Itali (1908) 123,000. Terkini, pada 11 Mac 2011 di Sendai, Jepun berukuran 9 skala Richter.

(Visited 372 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button