Nasionalpilihan

MAIPs agih RM4,529,000 kepada 6,470 asnaf di seluruh Perlis 2023

MAJLIS Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berjaya mengagihkan sumbangan agihan zakat sebanyak RM4,529,000 kepada 6,470 asnaf di seluruh Perlis melalui Program Kayuhan MAIPs Peduli di sepanjang tahun 2023.

Kesemuanya melibatkan 80 kayuhan yang dilaksanakan dengan keberangkatan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Yang DiPertua MAIPs.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor memaklumkan bahawa melalui Program Kayuhan MAIPs Peduli sejak tahun 2013 sehingga ke hari ini seramai 45,425 penerima telah disampaikan sumbangan dengan jumlah penuh agihan MAIPs bernilai RM29,301,500 dengan bilangan kayuhan sebanyak 867 kali.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan mengurniakan sumbangan zakat MAIPs kepada salah seorang asnaf pada Kayuhan MAIPs Peduli.

MAIPs amat beruntung kerana kesemua program melibatkan komitmen penuh daripada Raja Muda yang berkenan berangkat mengetuai program.

Beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih atas kerjasama yang telah diberikan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Perlis sepanjang menjayakan segmen pemeriksaan kesihatan kepada 102 kariah masjid di seluruh Negeri Perlis sepanjang tahun lalu melalui program ini.

Dalam masa sama, turut berterima kasih atas kerjasama ketua-ketua jabatan dan para petugas yang menjayakan penganjuran program sepanjang tahun 2023 terutamanya pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Kesihatan Negeri Perlis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis serta semua rakan strategik dan para penyumbang zakat kepada MAIPs yang budiman.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan mengurniakan sumbangan zakat MAIPs kepada Roseli di Kampung Behor Ginchar sempena Kayuhan MAIPs Peduli.

“Harapan saya agar pada tahun 2024, MAIPs akan dapat mengembangkan lagi kerjasama dengan pelbagai pihak dalam memberikan impak kepada golongan sasar”, tambah beliau lagi.

Demikian ucapan Mohd Nazim selepas selesai Program Kayuhan Kali Ke 80 sebagai Penutup Tirai Tahun 2023 yang berlangsung di Wisma MAIPs 2, Kangar baru-baru ini.

Pada edisi kali ini, Zakaria Bakar, 66 dari Kampung Kota Keran, Roseli Mat Ros, 65 dari Kampung Behor Gonchar dan Zainol Mahamud Hashim di Kampung Behor Temak telah menerima bantuan sumbangan wang tunai RM700, Kit MAIPs Peduli serta beras fidyah daripada Tuanku Syed Faizuddin Putra. – SM

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan mengurniakan sumbangan zakat MAIPs kepada salah seorang asnaf pada Kayuhan MAIPs Peduli sambil disaksikan anakanda Baginda, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.
(Visited 135 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button