Hiburan

Pendakwah selebriti ditahan lagi buat kali ketiga

“Saya sihat Alhamdulillah.

“Terima kasih kerana datang dan ambil tahu pasal saya.

Itu yang diucapkan pendakwah selebriti ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya untuk permohonan reman hari ini.

Penahanan pendakwah itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Nik Ezanee Mohd. Faisal pada semalam.

Ia adalah bagi membantu siasatan terhadap dua laporan polis yang dibuat di Petaling Jaya berkaitan kes rogol dan seks luar tabii.

Seorang daripada yang membuat laporan polis itu ialah wanita yang juga merupakan seorang guru.

Pendakwah itu ditahan pada 26 November lalu ketika tampil memberi keterangan di Ibu pejabat Polis Daerah Shah Alam.

Suspek kemudian telah ditahan reman sebanyak dua kali sehingga hari ini. -SM

(Visited 425 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button