KesihatanPenyakit

Raja Muda Perlis ingatkan individu bergejala segera lakukan ujian Covid-19

Warga emas dan individu yang mempunyai komorbiditi hendaklah segera melakukan ujian kendiri Covid-19 apabila mempunyai gejala atau ada kontak rapat kepada kes positif atau ada terlibat dengan sebarang aktiviti yang berisiko seperti majlis sosial. Segara dapatkan rawatan jika keadaan kesihatan menjadi lebih teruk.

Ini adalah kerana warga emas adalah golongan berisiko yang masih mendapat kesan yang teruk akibat gelombang varian Omicron Covid-19. Malah ada yang menyebabkan kematian.

Pada masa yang sama, budayakan gaya hidup sihat bagi mencegah penyakit tidak berjangkit dan memantapkan imuniti badan masing-masing.

Kepada Individu yang mempunyai komorbidi juga hendaklah patuh temujanji dan mengambil ubatan seperti aturan yang ditetapkan.

Demikian titah nasihat Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat meluangkan masa singgah meninjau Bazar Ramadan di Simpang Empat sempena program ‘Kayuhan MAIPs Peduli Menjejaki dan Menyantuni Asnaf’ di sekitar Simpang Empat Perlis baru-baru ini.

Sementara itu Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Dr Sirajuddin Hashim pula mengingatkan semua yang belum mendapatkan vaksinasi lengkap, segeralah mendapatkan vaksin dos primer. Manakala bagi yang layak mendapatkan dos penggalak, terutamanya warga emas dan individu dengan komorbiditi hendaklah segera mendapatkan dos penggalak terbabit. Antara PPV yang boleh dikunjungi adalah PPV KK Kg Gial, PPV Offsite Masjid Alwi dan PPV Offsite Pusat Khidmat DUN Kubang Gajah.

(Visited 199 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button