Sukan

Anson, Jing Xuen muncul juara Kejohanan Johor Junior Golf Masters 2023

Dua pemain Malaysia, Anson Yeo dan Jing Xuen muncul juara keseluruhan bagi kategori lelaki dan perempuan pada Kejohanan Johor Junior Golf Masters 2023 (JJM2023) baru-baru ini.

Kejohanan bertaraf antarabangsa ini dianjurkan oleh Southern Amateur Golf Club (SAGC) dan mendapat perkenan daripada Tunku Aris Bendahara Johor, Tunku Abdul
Majid Idris Ibni Almarhum Sultan Iskandar selaku Presiden Johor Golf Association (JGA).

Dalam kategori lelaki A, Anson Yeo merangkul kejuaraan tersebut selepas mencatat tujuh bawah par 209 pukulan.

Eagle di lubang ketiga dan birdie di lubang ke-18 sudah cukup memastikan Anson dinobatkan selaku juara.

Kartik Singh dari India pula muncul naib juara ketinggalan tiga pukulan selepas melakukan lima bawah par 211 pukulan.

Seorang lagi pemain negara, Rizq Adam Rohizam sekadar berada di tempat ketiga apabila mencatat satu bawah par yang melakukan lima bawah par 215 pukulan.

Dalam kategori perempuan, dengan berbekalkan 6 pukulan sebelum bermulanya hari terakhir kejohanan, Jing Xuen memastikan dia layak merangkul kejuaraan untuk
kategori B dan kategori keseluruhan menewaskan pemain China, Ren Yijia.

Bagaimanapun, aksinya pada hari terakhir agak goyah apabila dia hilang tumpuan dengan hanya mencatat 73 pukulan.

Acara ini turut disokong oleh Persatuan Golf Malaysia (MGA), Kementerian Belia dan Sukan dan Tourism Johor.

Kejohanan berlangsung selama tiga hari di The Els Club, Desaru Coast, Johor Darul Ta’zim pada 27 hingga 29 Disember lalu.

Pemain daripada 10 buah negara telah menyertai JJM23 antaranya Malaysia, Thailand, Singapura, Vietnam, India, China, Indonesia, Korea, Amerika Syarikat dan juga Kanada. – SM

Lelaki
1. Anson Yeo (Malaysia) – 70,71,68 : 209 (-7)
2. Kartik Singh (India) – 68,73,71 : 211 (-5)
3. Rizq Adam Rohizam (Malaysia) – 73,71,71 : 215 (-1)
4. Guolin Zeng (China) – 69,71,75 : 215 (-1)

Perempuan
1. Jing Xuen Ng (Malaysia)– 69,66,73 : 208 (-8)
2. Ren Yijia (China) – 72,71,66 : 209 (-7)
3. Wang Zi Xuan (China) – 71,72,68 : 211 (-5)
4. Xin Yao Wang (Malaysia) – 72,69,71 : 212 (-4)

(Visited 55 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button