Acara

Raja Muda Perlis Hadiri Sidang Komander Askar Wataniah ke-37 di Kota Kinabalu

Kota Kinabalu — Raja Muda Perlis, Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, semalam selamat berangkat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Sabah, bagi menghadiri Sidang Komander Askar Wataniah (SKAW) Siri Ke-37 Tahun 2025.

Keberangkatan Baginda diiringi oleh Raja Puan Muda Perlis, Mejar (Kehormat) Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil serta Anakanda Putera Waris Kedua Negeri Perlis, Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail.

Ketibaan Duli-Duli Tuanku disambut oleh Asisten Panglima Pasukan Simpanan (AP PS), Markas Tentera Darat Malaysia, Mejar Jeneral Datuk Mohammad Razeif Che Ahmad, serta Ketua Pengarah Bahagian Pasukan Simpanan (BPS), Brigedier Jeneral Sani S Omar.

Pada sebelah malam, Tuanku Syed Faizuddin Putra — yang juga Komander Rejimen 504 Askar Wataniah (AW) — turut berkenan menghadiri Majlis Santapan Malam bertempat di Sutera Harbour Jetty, yang menyaksikan keberangkatan Baginda disambut oleh Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Leftenan Jeneral Datuk Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim, yang juga merupakan Pengerusi SKAW.

Sidang SKAW Siri Ke-37 ini melibatkan penyertaan penuh daripada 16 Rejimen Askar Wataniah dari seluruh negara, merangkumi Rejimen 501 AW hingga Rejimen 516 AW.

GALERI

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button