Nasional

Perokok dikenakan pelbagai tindakan, kenapa tidak pula pemabuk

MABUK kuasa, mabuk bercinta dan mabuk arak.

Pemimpin mabuk kuasa akan berusaha mengekalkan kuasa dengan apa jua cara tanpa mengira halal haram.

Orang yang mabuk cinta pula tidak akan mendengar nasihat sesiapa pun hatta kedua ibu bapa sendiri pun.

Mabuk arak kesannya secara langsung boleh memudaratkan masyarakat dengan segera.

Orang mabuk boleh terjebak melakukan jenayah dan membunuh orang disedari.

Begitulah yang berlaku apabila pemandu mabuk merempuh motosikal dengan kereta.

Namun diharap pemimpin janganlah mabuk kuasa berpanjangan sehingga tidak dapat melihat isu sebenar lagi.

Jika perokok dikenakan pelbagai tindakan dan pelbagai kempen dilaksanakan, mengapa tidak pula bagi gejala mabuk.

Apabila sesetengah negeri membenarkan arak diminum secara terbuka inilah kesannya.

Itu belum pesta mabuk meneguk arak dibiarkan berleluasa.

Takkan cukup hanya dengan kenyataan akan mengkaji.

Bertindaklah dengan segera, kerana tangan pemimpin itu sendiri yang gatal mengubah undang-undang yang sedia ada.

Kononnya negara ini sebelum ini penduduknya terkongkong dengan undang-undang kuno yang menyekat kebebasan hak asasi manusia.

Undang-undang yang ada untuk melindungi hak majoriti rakyat negara ini yang mahukan keamanan.

Tidak perlu bimbang memandu dan berjalan malam hujung minggu tanpa diganggu pemabuk atau terbabit kemalangan dengan pemabuk.

Golongan minoriti yang gemar mabuk jadi sesuailah melakukan aktiviti mereka ditempat tertutup dan tidak dibenarkan memandu.

Jika mereka melanggar peraturan tindakan tegas perlu dikenakan.

Janganlah sampai majoriti rakyat tidak lagi percaya dengan pemimpin yang mabuk kuasa untuk melindungi hak mereka.

Bertindaklah segera sebelum terlambat.

(Visited 66 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button