Politik

MB Selangor kekal menang di Sungai Tua

Penyandang Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua buat penggal keempat berturut-turut.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor itu menang majoriti 5,185 selepas memperoleh 19,678 undi menewaskan dua pencabar lain, Muhammad Hanif Jamaluddin (PN) dengan 14,493 undi manakala G Suman dengan 430 undi.

Keputusan rasmi itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Parlimen Gombak Nor Azlina Abdul Aziz pada jam 10.30 malam

Seramai 34,601pemilih membabitkan 70.92 peratus keluar mengundi.

Dari jumlah itu, sebanyak 157 undi ditolak.

Untuk rekod, Amirudin mula menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua (dahulu dikenali Batu Caves) sejak 2008.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, Amirudin memang dengan majoriti 11,374 undi menewaskan N Rawisandran (BN), Ustaz Mad China (Pas) dan Badrol Acong (Bebas).

(Visited 271 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button