JenayahNasional

“Geng Nicky”-Polis tunggu laporan BNM

POLIS Johor sedang menunggu beberapa laporan termasuk dari Bank Negara Malaysia dan bank lain berhubung siasatan terhadap kegiatan kumpulan jenayah terancang “Geng Nicky”.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya juga sedang memperkemaskan kertas siasatan dan akan memanggil beberapa individu untuk diambil keterangan.

“Akan ada ‘statement’ dan laporan Bank Negara. Kita sedang tunggu kerana kes ini banyak melibatkan akaun ‘personal’, syarikat. Ia akan makan masa sedikit,” katanya pada sidang media hari ini.

Setakat hari ini, katanya, belum ada tangkapan baharu dan perkembangan terkini mengenai kes berkenaan akan dimaklumkan.

Bulan lalu, Ayob dilaporkan berkata, permohonan habeas corpus difailkan beberapa individu yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) atau SOSMA, tidak akan mengganggu siasatan pihaknya dalam kes “Geng Nicky”.

“Itu hak mereka nak persoal ke, saman ke, buat habeas corpus ke. Kami (polis) jalankan siasatan ikut undang-undang yang ada,” katanya.

Pada 30 Mac lalu, Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, 34 pegawai dan anggota agensi penguat kuasa disyaki bersekongkol dengan “Geng Nicky” yang dikaitkan dengan Pengasas Winner Dynasty Group yang berpusat di Setiawalk Puchong, Nicky Liow Soon Hee.

Susulan itu, polis pada April lalu mendapat kelulusan notis merah Interpol untuk menjejaki ahli perniagaan dalam buruan, Nicky Liow dan pembantunya, Niu Zhe.

Nicky Liow, 33, menjadi buruan polis selepas 68 ahlinya ditahan dalam Ops Pelican 3.0 bermula 20 hingga 28 Mac lalu. – FMT – SM

 

(Visited 143 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button