Rencah Hidup

Seni grafik Fahmi Reza dikecam

KARYA seni visual terbaharu pereka grafik kontroversi Fahim Redza mengundang kecaman daripada warganet.

Seni grafik itu memaparkan imej seorang lelaki berjanggut dan memakai penutup kepala berwarna merah jambu.

Grafik lelaki berkaca mata itu sedang menadah tangan sambil menghembus nafas yang mengeluarkan tompok-tompok berwarna merah jambu menyerupai virus Covid-19.

Seni visual tersebut mendatangkan perasaan tidak senang pengikut Faceboknya kerana ada yang menganggap ia sebagai imej Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri.

“Allahuakbar, dengan ulama hang buat main-main Fahmi. Ya, semua manusia buat salah, tapi siapa kita nak permainkan ulama yang darjat dia sangat tinggi di sisi Allah. Semoga Allah membuka hati memberi hidayah kat hang amin,” komen Murah Rezeki Abdul Azim.

“Orang politik lain ramai yang kene Covid Dr. Zulkifli jugak yang kau lukis,” kata Shelly Liza.

“Banyak-banyak sebelum ni aku suka karya kau. Tapi kali ini tak. Kau melebih-lebih. Nak politik bagai tu ikut suka. Tapi ini agama. Agama kau sendiri juga! Kau hina perli macam ni. Kau islam ke tak ni?” marah Rai Fakhri.

“Motif kopiah sama kaler dengan virus?? Karya paling bodoh abad ni. Bagus kopiah dia dari topi kau,” marah Fahmic Maktar.

“Kalau dengan ulama tolonglah respect sikit, dah tak ada tolak ansur dalam hati tu ke? Kau nak rebel sampai mana sangat Fahmi oi,” tanya Ben Shuxrie.

“Kali ni aku tak setuju. Dia hanya ikut KKM je. Baik kau lukis menteri KKM. Aku share,” kata Mohd. Hakimi Razak.

Dr. Zulkifli yang merupakan bekas Mufti Wilayah Persekutuan disahkan positif Covid-19 semalam. Beliau ketika ini sedang dirawat di hospital.

Ada beberapa pihak berasa tidak senang dengan tindakan Dr. Zulkifli yang bergerak bebas selepas pulang dari Sabah baru-baru ini.

Negeri Sabah ketika ini mencatatkan jumlah jangkitan harian Covid-19 yang tinggi sejak dua minggu yang lalu.-SM

(Visited 690 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button