Hiburan

Sembuh dari Covid-19: Penyanyi Aishah terus bersyukur

PENDEK sahaja catatan peribadi yang dibuat oleh penyanyi Aishah dalam satu hantaran di media sosial Facebook beliau hari ini.

Sepertimana yang sedia maklum, Aishah atau nama sebenar pelantun banyak lagu malar segar termasuk Janji Manismu, baharu sahaja sembuh daripada terkena jangkitan Covid-19.

Kira-kira sebulan yang lalu, Aishah sekeluarga diuji apabila anak seni kesayangan peminat hiburan tanah air, dibawa menaiki ambulans ke sebuah hospital untuk dirawat Covid-19.

Selepas sembuh dan dibenarkan pulang ke rumah, Aishah terus bersemangat, sihat dan sentiasa memberikan aura positif kepada para pengikut FBnya dan Instagram (IG) milik beliau.

Catat Aishah dalam bahasa yang cukup mudah difahami:
Morning ritual dari tingkap bilik boleh nampak KLCC, menghirup angina pagi dan bersyukur pada yang satu.

Hari ini cukup sebulan sudah sejak I disahkan positif Covid. Sebulan lalu, I selepas 10 hari demam, mula merasakan pernafasan semakin susah.

Allah SWT sahaja yang tahu perasaan I ketika itu. Syukur Alhamdulillah, anak-anak I cukup dewasa untuk bertindak dibantu dengan family dan @asihahcff_official.

I akan ingat detik pintu ambulans ditutup dan wajah anak-anak semakin jauh bila ambulans bergerak. Ketika itu I cukup takut dan tertanya-tanya samada inikah kali terakhir I akan tatap wajah-wajah yang tersayang.

Begitu antara catatan daripada Aishah yang terus berterima kasih di atas doa dan sokongan moral yang diberikan kepadanya selama beliau positif Covid-19.

Kata Aishah lagi dalam catatannya, “Jaga diri. Covid masih hadir dan jangan kita alpa. Ia bukan sekadar demam biasa, ia penyakit yang memisahkan kita daripada orang yang kita kasihi.

“Apabila terkapar-kapar di atas katil hospital, barulah kita sedar bahawa kita menghadapi bukan sahaja penyakit yang ganas tetapi menghadapinya berseorangan.

“Bagi I, itu yang paling parah. Tangan ini sudah lebam biru dicucuk untuk mendapatkan darah bagi dimasukkan antibiotic. Itu I boleh pasrah tetapi yang paling mengerikan ialah berhadapan dengan penyakit ini berseorangan, dirawat oleh ‘total strangers’.”

Pada hari Aishah dibenarkan keluar hospital, beliau sempat merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para petugas hospital khususnya barisan jururawat yang memberikan perkhidmatan serta pemantauan ke atas dirinya.

Pesan Aishah kepada semua, yang paling penting jangan lambat pergi ke hospital sekiranya kadar oksigen atau oxygen level anda semua sudah turun melepasi 94%.

“Ini sangat kritikal yang akan menentukan keupayaan melawan virus Covid ini. Jaga diri baik-baik semua dan stay safe,” kata Aishah yang sudahpun menerima suntikan vaksin bersama anaknya. – SM

(Visited 189 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button