NegeriRencah Hidup

Tekankan penting hidup bermasyarakat untuk kekal harmoni

Tuanku Syed Faizuddin Putra yang diiringi anakanda, Syed Sirajuddin Areeb Putra berkenan mengurniakan sumbangan agihan zakat MAIPs kepada salah seorang penerima ketika Baginda mengetuai Kayuhan MAIPs Peduli sekitar Kampung Guar Syed Alwi, Kangar.

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, tekankan kepentingan hidup bermasyarakat yang berbilang kaum supaya dapat dikekalkan keadaan yang harmoni dan aman sentiasa.

Baginda bertitah, paksikan pendirian konsep sebenar sebuah keamanan itu wujud apabila semua pihak menghormati hak asasi masing-masing.

Titah Baginda, terus menegakkan hak asasi bagi setiap umat manusia tanpa mengira warna kulit, bangsa dan agama.

Pada masa yang sama titah Baginda, adalah diharapkan agar semua pihak akan terus mendoakan keselamatan dan kesejahteraan saudara Islam di bumi Palestin dan gencatan senjata dapat dimuktamadkan dalam kadar segera.

“Janganlah sesekali ada di antara kita yang mendukung mana-mana pihak atau individu yang menyebarkan sebarang bibit-bibit kebencian yang mampu menimbulkan sebarang keresahan di kalangan masyarakat secara langsung mahupun tidak langsung,” titah Baginda.

Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah demikian selepas berkenan berangkat mengetuai program Kayuhan MAIPs Peduli di sekitar Kampung Guar Syed Alwi, Kangar.

Baginda diiringi oleh anakanda bongsu, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Tuanku Syed Faizuddin Putra yang diiringi anakanda, Syed Sirajuddin Areeb Putra berkenan mengurniakan sumbangan agihan zakat MAIPs kepada salah seorang penerima ketika Baginda mengetuai Kayuhan MAIPs Peduli sekitar Kampung Guar Syed Alwi, Kangar.

Kayuhan yang bertujuan untuk menyalurkan bantuan dan sumbangan kepada golongan yang memerlukan di sekitar negeri ini merupakan anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Tuanku Syed Faizuddin Putra turut berkenan menyampaikan sumbangan MAIPs kepada Mohamad Din, 47 dan Saini Desa, 36, di mana keduanya dari Kampung Guar Syed Alwi serta Nurol Anuar Othman, 46 dari Kampung Behor Gandil.

Setiap penerima mendapat sumbangan wang tunai RM700, Kits MAIPs Peduli dan juga beras fidyah serta sebuah kipas angin.

Sempena program itu juga Raja Muda turut berkenan singgah di Taman Bunga Kertas Tuanku Lailatul Shahreen dan Taman Rekreasi Bukit Lagi yang merupakan antara tarikan para pengunjung sempena Tahun Melawat Perlis (TMPs) 2024-2025.

Setiausaha Majlis Perbandaran Kangar, Raziff Yaacob dan Pengarah Jabatan Landskap MPK, Nor Asma Noordin menyambut keberangkatan Baginda dan mempersembahkan taklimat mengenai taman rekreasi yang kaya dengan flora dan faunanya menjadi tumpuan terutamanya mereka yang berkeluarga.

Tuanku Syed Faizuddin Putra yang diiringi anakanda, Syed Sirajuddin Areeb Putra berkenan berselfie dengan seorang kanak-kanak semasa singgah di satu lokasi ketika mengetuai Kayuhan MAIPs Peduli sekitar Kampung Guar Syed Alwi, Kangar.

Taman ini juga mempunyai laluan trek untuk berjoging dan laluan naik ke bukit bagi tujuan beriadah dan menikmati pemandangan hijau. – SM

BACA Usaha capai keharmonian walau berbeza latar – Pemangku Raja Perlis

BACA Bina hubungan harmoni di tempat kerja – Raja Muda Perlis

(Visited 29 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button