NasionalNegeri

Raja Muda Perlis terima mengadap KP JPJ

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menerima sembah mengadap Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia, Datuk Zailani Hashim di Galeri DiRaja Arau, Arau.

Hadir sama, Pengarah JPJ Perlis, Fatimah Mohamed Ali Piah dan Timbalannya, Mahazir Abd Majid.

Zailani juga mempersembah maklumkan kepada Raja Muda mengenai perkembangan terkini JPJ di peringkat ibu pejabat di Putrajaya dan Perlis.

Beliau menerangkan mengenai aplikasi MyJPJ yang telah dilancarkan baru-baru ini.

Katanya, ini bagi memudahkan pengguna kenderaan memperbaharui lesen memandu insurans, cukai jalan dan sebagainya dengan lebih mudah.

“Cukai jalan kini tidak perlu dipamer pada cermin kenderaan tetapi dengan telefon bimbit pintar sahaja untuk menyimpan semua maklumat tersebut,” katanya.

Raja Muda yang pernah bermastautin lama di luar negara termasuk di Australia sebagai pelajar, berkhidmat sebagai Pengurus Kawasan syarikat Malaysia Airlines di Sepanyol dan Switzerland sebelum berangkat pulang ke tanahair untuk memegang amanah sebagai Pemangku Raja Perlis pada tahun 2002 berkenan berkongsi pengalaman Baginda mengenai pendaftaran dan penguatkuasaan kenderaan di negara luar terutamanya kepatuhan rakyat terhadap undang-undang jalan raya.- SM

(Visited 261 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button