Hiburan

Son Ye Jin bakal ke Hollywood

SELEPAS berjaya dengan drama Crash Landign On You, nampaknya karier pelakon Korea Selatan, Son Ye Jin terus bersinar.

Pelakon berusia 38 tahun itu dikatakan telah mendapat tawaran daripada beberapa produksi di Hollywood untuk membintangi filem mereka.

Menurut portal Soompi, Ye Jin telah disebut sebagai seorang daripada bintang yang akan tampil dalam filem Cross bersama Sam Worthington yang juga bintang filem Avatar dan Clash of the Titans.

Son Ye Jin
Sam Worthington yang dikatakan bakal bergandingan dengan Son Ye Jin.

Peekara itu disahkan oleh agensi yang menguruskan Ye Jin iaitu MS Entertainment tetapi ada perkara yang masih perlu diteliti sebelum sebarang tawaran diterima.

“Ye Jin memang tersenarai untuk filem Cross dan kita sedang meneliti tawara itu. Setakat ini kami setuju tetapi jika ada perubahan besar melibatkan wataknya, kami perlu nilai semula tawaran itu,” katanya.

Selain Ye Jin, bintang filem Parasite yang begitu popular di sini, Lee Sun Sun Gyun turut menerima tawaran yang sama.

Tetapi menurut angesi pelakon itu, Hodu&U Entertainment, Sun yun masih berfikir lagi mengenai tawaran tersebut dan belum membuat kata putus untuk menerimanya.

BACA> Kontroversi buli: Jimin AOA hilang Subscribers YouTube

Cross adalah filem yang akan diarahkan oleh Andrew Niccol yang sebelum ini membikin filem In Time, The Host, Gattaca dan The Truman Show.

Cross juga dikatakan telah menghubungi Ye Jin secara langsung untuk memintanya berlakon dalam file tersebut.

Jalan cerita Cross berkisan mengenai negara pelbagai kaum yang terpisah antara negara kaya dan miskin.

Son Ye Jin dikabarkan akan memegang karakter Vera yang hidup di negara miskin manakala Sam Worthington, akan memegang watak tokoh dari negara kaya.-SM

(Visited 338 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button