Berita

Webinar keusahawanan sosial anjuran YTF, esok

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia (KUSKOP) akan menganjurkan ‘Webinar Yayasan Tuanku Fauziah, Siri Ke-7 – ‘Women In Search of Excellence (WISE) – Edisi ‘Keusahawanan Sosial’ pada hari esok khamis 24 Mac 2022.

Penyempurnaan titah perasmian pembukaan pada sebelah pagi akan disempurnakan oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamaluilail manakala titah penutupan pada petangnya oleh Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil yang juga merangkap Pengerusi YTF.

Semua dijemput menyertai program yang dilaksanakan oleh Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) dan dikuasakan oleh Yayasan Tuanku Fauziah (YTF) ini secara maya pada hari esok, bermula jam 9:30 pagi melalui Facebook Live – www.facebook.com/inskenofficial .

Ketahuilah dengan lebih mendalam tentang
‘Sustainable Development Goals (SDG)’ dan ‘Keusahawanan Sosial’!

Sesi menarik bersama para panelis ternama tentang wanita sebagai peneraju keusahawanan dan keusahawanan sosial rentas industri.

Sesi Pertama pada jam 11.00 pagi akan disampaikan oleh Ketua Setiausaha
Kementerian Pembangunan
Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Dato’ Suriani Dato’ Ahmad bertajuk ‘Kaitan Sustainable Development Goals (SDG) dengan Keusahawanan Sosial’.

Sesi Kedua pada jam 11.30 pagi akan dikongsikan mengenai topik ‘Keusahawanan Sosial Rentas Industri’ oleh Setiausaha Bahagian KUSKOP Datin Dr. Syahira Hamdon, Ketua Pegawai Eksekutif INSKEN Muhd Firdaus Azharuddin, Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Eksekutif MyHARAPAN Nurfarini Daing, Pengasas & Pengarah Impak Athena Holdings Sdn. Bhd (BisKaunselor INSKEN) Anja Juliah Abu Bakar dan Pengarah Urusan Noble Management and Consultancy (BisKaunselor INSKEN) Junaida Abdul Aziz.

Sesi ketiga dan terakhir pada sebelah petangnya akan bermula jam 2.30 mengupas mengenai ‘Wanita Peneraju Keusahawanan Sosial’ oleh Presiden Persatuan Kakiseni,
Pengasas Presiden WOMENgirls dan Bekas Pengacara TV, Low Ngai Yuen.

Pendaftaran adalah percuma di www.INSKEN.gov.my/wise .

(Visited 599 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button