Rencah Hidup

Puding karemel, pencuci mulut yang sedap untuk berbuka puasa

SEJAK mula berpuasa minggu lepas, ramai antara kita membeli juadah berbuka puasa dan pencuci mulut dari bazar Ramadan berhampiran rumah mereka. Ramadan kali ini amat berbeza dengan dua tahun sebelumnya.

Apabila Malaysia mula memasuki Fasa Peralihan Ke Endemik bermula 1 April 2022 yang lalu, kita semua sudah boleh mula berbuka bersama keluarga di luar. Tapi kita harus berjaga-jaga dengan mematuhi semua peraturang yang telah ditetapkan.

Bagi mereka yang memilih untuk berbuka di rumah sahaja, mungkin anda boleh cuba resepi puding karemel, pencuci mulut yang mudah ini bersama anak-anak anda.

Boleh ajak anak-anak anda turut serta untuk buat puding karemel ini.

Resepi Puding Karamel Kukus

Bahan-bahan untuk karamel:
5 sudu besar gula dan 2 sudu besar air

Bahan-bahan untuk puding:
5 biji telur, 500ml susu ‘Full Cream’, 1 sudu teh esen vanilla dan 1 cawan air

Cara membuatnya:

Langkah 1 – penyediaan gula hangus

  • Tuang gula ke dalam pan atau periuk dan hanguskan dengan api sederhana.  Bila gula dah bertukar keperangan masukkan 1/2 cawan air dan kacau laju-laju supaya tidak berketul. Padamkan api.
  • Tuang gula hangus tu ke dalam loyang, bergantung loyang atau saiz bekas ya. Kalau guna bekas kecil, guna 1 sudu jer gula hangus tu. Biarkan ia sejuk dalam suhu bilik.

Baca artikel ini > Berbuka puasa lebih nikmat dengan air Lai Chi Kang

Langkah 2 – penyediaan puding

  • Pecahkan 5 biji telur dan pukul hingga sebati dan letak ke tepi sekejap
  • Panaskan susu cair dengan api sederhana tapi jangan sampai mendidih
  • Masukkan 3 sudu besar gula, 1 cawan air dan dikacau hingga gula larut dan padamkan api
  • Campurkan telur dan susu yang dipanaskan tu dan di tapis supaya tiada benda asing dan masukkan ke dalam loyang yang berisi karamel itu.
  • Tutup dengan kerajang aluminium (aluminium foil) untuk mengelakkan air kukusan bertakung di bahagian atas puding tersebut.
  • Kukus selama 30 – 45 minit dan sekiranya adunan masih cair, tambah masa kukusan sebab tiada tepung yang digunakan jadinya ia akan mengambil masa
  • Ambil pencungkil gigi dan cucuk ditengah puding untuk memastikan ianya masak dengan sempurna.  Padamkan api dan biar sejuk sebelum diterbalikkan
Kukus selama 30 – 45 minit. Inginkan kukus elektrik, sila klik pada gambar di atas.

Kalau tiada pengukus, boleh kukus didalam oven dengan cara waterbath/bain marie dengan meletakkan air di dalam loyang.  Tutup loyang puding dengan aluminium foil dan masak selama 45 – 50 min dengan suhu 180. Selamat mencuba! – SM

Anda belum ada kukus elektrik lagi? jangan risau, dapatkan kukus elektrik anda dari Shopee.

(Visited 354 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button