JenayahNasional

Sunting video Sultan Perak: Polis klasifikasikannya 3R

Pemimpin Muslimat Pas Melaka diambil keterangan

JADILAH rakyat Malaysia MADANI yang tahu dan faham erti 5 Perkara atau Prinsip yang terkandung dalam Perlembagaan supaya dapat dikikis dan dibuang jauh-jauh sikap yang melanggar salah satu daripada 5 Prinsip Rukun Negara.

Kekuasaan media sosial menerusi rakam video ditularkan dan disebarkan setelah disunting menjurus ke arah agenda masing-masing harus dihentikan kerana ia membawa kesan yang amat buruk kepada Perlembagaan Malaysia.

Tidak seharusnya menangguk di air keruh dengan menyunting titah diraja atau Sultan kerana institusi diraja tidak mencampuri urusan politik dalam negara.

Asas yang mudah itu jika tidak dihadam, apakah gunanya menjadi pemimpin yang memimpin masyarakat? Ambil iktibar dan jadikan sempadan dalam ceramah politik menjelangnya Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.

Jangan ghairah berkempen, bercakap, berpolitik di atas pentas kerana terlajak perahu, boleh diundur, terlajak kata, silalah ke balai polis untuk beri keterangan!

Terkini, polis telah selesai mengambil keterangan seorang wanita berusia dalam lingkungan 40-an bagi membantu siasatan berhubung video mengenai sebahagian titah diraja, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang dimanupulasikan.

Video berkenaan telah disunting atau diedit sehingga mengheret kedudukan baginda Sultan Nazrin bagi tujuan politik kepartian dengan menjurus kepada 3R (raja, bangsa dan agama).

Tan Sri Razarudin Husain@Abd Rashid

Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya telah selesai mengambil keterangan wanita itu semalam di Balai Polis Cyberjaya.

Razaruddin berkata, setakat ini, tiada tangkapan dibuat dan polis telah merekodkan keterangan wanita itu.

“Sama ada dia akan dipanggil semula, itu bergantung kepada siasatan. Ini ialah kes 3R kerana mewujudkan sentimen raja,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Akta Hasutan 1948.

Semalam, Razarudin mengesahkan terdapat 24 laporan polis mengenai kes terbabit dan siasatan bersabit penularan rakaman video Sultan Perak yang diolah seakan-akan menyokong sebuah parti politik.

Menerusi video tersebut, seorang wanita, dipercayai pemimpin Muslimat Pas Melaka cuba mengetengahkan pandangan Sultan Nazrin terhadap Pas dalam klip video itu.

Pejabat Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Perak pada Isnin (kelmarin) turut membuat laporan polis berhubung video yang ditularkan itu. – SM

BACA Tiada larangan untuk duduk di sebelah pemandu, jangan percaya video tular

BACA Polis siasat video tular bertengkar pasang bendera parti

(Visited 41 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button