Politik

PRU-15: Jangan tunggu sampai Anwar, Tun M ‘bercium’ semula

PERIKATAN Nasional diingatkan tidak berlengah untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 sehingga pihak musuh kembali kuat.

Menurut Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan, ketika ini adalah saat terbaik bagi Perikatan Nasional membubarkan Parlimen untuk mendapatkan semula mandat baru daripada rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri Rantau itu berkata, PN tidak seharusnya menunggu sehingga Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mencapai persetujuan.

“Kita kena ikut pepatan orang putih you must strike while the iron is hot. Walaupun kita tahu kerajaan PN terutama YAB PM Tan Sri Muhyiddin popularitinya tinggi. Tapi populariti tidak kekal lama.

“Pemerhatian saya orang tengah kelam kabut ni. Inilah masanya untuk kita mendapat mandat daripada rakyat. Jangan tunggu musuh sudah kuat.

“Masa musuh tengah lemah itulah masanya mengambil kesempatan. Besok dia dah kuat. Masalah kita. Tun Mahathir dan Anwar dah cium-cium mulut susah kita. Jangan tunggu dia cium mulut,” kata Mohamad.

Mohamad berkata demikian dalam wawancara yang disiarkan Facebook UMNO Online.

lambang

Jelas beliau, pada saat ini Kerajaan PN dan kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin mendapat sokongan padu rakyat berikutan berjaya menyelesaikan ancaman Covid-19 sekaligus membantu rakyat mengharungi saat sukar.

Perikatan Nasional tidak seharusnya mengulangi kesilapan BN yang tidak mengadakan PRU-14 ketika rayat gembira meraikan kecemerlangan negara pada acara Sukan SEA 2017.

“Kerajaan Korea Selatan menang pilihan raya pada bulan April lalu dengan jumlah yang tinggi kerana berjaya menyelesaikan isu Covid-19.

“Jangan tunggu macam dulu BN, mita maaf saya cakap kalau dua minggu lepas SEA Games kita (boleh) menang (PRU). Kalau boleh segerakan.

“Paling lama pun hujung tahun. Tapi dalam tempoh lima bulan ini dinamik politik berubah begitu cepat,” kata Mohamad.

Mengenai lambang yang perlu digunakan, Mohamad berkata itu terserah kepada kepimpinan PN. Bagaimanapun beliau menasihatkan untuk menggunakan lambang sedia ada yang sudah dikenali rakyat.

Ini menurut beliau tempoh yang ada menjelang PRU-15 tidak lama dan memerlukan masa untuk memperkenalkan lambang baru kepada rakyat.

“Jangan menyusahkan diri. Jangan nak memerangkap diri. Buat sesuatu yang boleh diterima. Yang senang kita guna benda yang sudah ada. Ooo ini dacing.

“Saya tidak tahu simbol baharu. Gambar pokok pisang ke. Bulan sabit ke. Nak suruh ornag undi balik pokok bachang. Orang kata gila ke. Kita hanya ada lima bulan sahaja.

“Nak pergi seluruh negara. Ini perlu dilihat. Bukan kerana nak jaga ego. Kita buat nak menang pilihan raya. Cari cara mudah. Jangan susahkan diri. Pakaj semula dan gilap,” cadang Mohamad.-SM

(Visited 105 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button