Ekonomi

Raja Muda Perlis berharap lebih ramai petani komersialkan produk

Lebih ramai petani tempatan diharap dapat dibangunkan untuk mengusahakan tanaman komersial secara kecil-kecilan sebagai punca pendapatan utama. Mereka ini perlu sentiasa diberikan pendedahan secukupnya mengenai kaedah dan teknik bertani secara moden untuk menjamin hasil dan pendapatan yang munasabah dan mampan walaupun keluasan kawasan diusahakan oleh masing-masing berkemungkinan adalah tidak besar.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat melawat ‘Cendawan Kukur Perlis’ – ‘Beseri Mushroom Farm’
di Kg Beseri Dalam bersempena program ‘MAIPs Peduli’.

Baginda yang tidak melepaskan peluang untuk merasai sendiri pengalaman memetik cendawan dipersembahkan taklimat mengenai teknik tisu kultur untuk penghasilan benih cendawan pelbagai spesis oleh pengusahanya Mohd Amin Zainal Abidin dan isteri, Siti Aminah Mohd Hassan.

Mohd Amin berkata keberangkatan Tuanku Raja Muda yang amat prihatin dengan pembangunan negeri dan rakyat memberi inspirasi dan semangat kepada mereka untuk terus mengorak langkah ke hadapan dalam industri penanaman cendawan terutamanya dalam penghasilan benih cendawan yang berkualiti.


Menurut beliau, sejak memulakan operasi secara kecil-kecilan dengan hanya membuat kajian mengenai cendawan sisir pada tahun 2018, mereka kini juga telah berjaya menghasilkan 8 jenis benih cendawan lain iaitu Tiram Kelabu, Tiram Putih, Tiram Sado, Tiram Pink, Tiram Kuning, Telinga Kera (Black Jelly), Melati dan Ganoderma.

Pada tahun 2020 mereka telah mendapat ‘Bantuan Ekonomi Tambahan (AET)’ daripada pihak RISDA Negeri Perlis dan difahamkan bahawa antara produk lain yang dapat dihasilkan sekarang adalah Cendawan segar, Kit DIY cendawan, benih cendawan, bongkah cendawan matang, kursus kultur tisu dan penghasilan benih cendawan, kursus penanaman cendawan pelbagai spesis, peralatan untuk penanaman cendawan dan juga khidmat konsultansi.

Hadir sama ialah Pengarah RISDA Negeri, Nor Afzami Isa. Untuk maklumat lanjut bolehlah merujuk kepada FB page: Cendawan Kukur Perlis,
Youtube channel: cendawan kukur perlis dan Shopee: aminaminah.

(Visited 47 times, 1 visits today)

Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button