Nasional

Raja Muda Perlis berangkat ke Kuliah Perdana Kemerdekaan 63

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menganjurkan ‘Kuliah Perdana Kemerdekaan ke 63’ yang diadakan di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail Kangar pada malam semalam.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi Hal Ehwal Agama, YB Ustaz Ahmad Marzuk Shaary menyampaikan kuliah bertajuk ‘Malaysia Prihatin’.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat hadir ke program tersebut.

Keberangkatan tiba baginda merangkap Tuanku Yang DiPertua MAIPs disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Hj Mohd Nazim Mohd Noor dan Pengarah JAIPs Dr Hj Hazman Hassan yang juga merangkap Pengerusi Jawatankuasa Masjid berkenaan.

Turut hadir ialah Penasihat Undang-Undang Negeri, Mohd Radhi Abas dan Mufti Perlis Datuk Arif Perkasa Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

(Visited 96 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button