Ekonomi

TNB sumbang RM100,000 untuk mangsa kepala air

TENAGA Nasional Bhd (TNB) menghulurkan bantuan berjumlah RM100,000 kepada mangsa bencana fenomena kepala air Gunung Jerai, Kedah pada Sabtu lalu yang disampaikan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

TNB dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan cek sumbangan itu disampaikan oleh Takiyuddin diiringi Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Baharin Din kepada Ahli Parlimen Jerai, Sabri Azit di Pusat Operasi Bencana, Titi Hayun, di Yan, Kedah.

“Takiyuddin yang mengadakan lawatan pertama beliau sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli berada di Yan untuk meninjau kawasan tanah runtuh akibat kepala air di Gunung Jerai pada 18 Ogos lalu dan usaha TNB memulihkan aset dan infrastuktur bekalan elektrik yang rosak dan terjejas susulan bencana berkenaan.

Beliau turut menyantuni warga kerja syarikat utiliti elektrik negara itu yang masih giat melakukan kerja membaik pulih. TNB telah menyediakan janakuasa bergerak untuk membekalkan elektrik sementara kepada semua pengguna terjejas sehingga bekalan elektrik dipulihkan sepenuhnya,” kata kenyataan itu

(Visited 174 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button