Nasional

Raja Muda Perlis ajak rakyat ambil iktibar dari pandemik Covid-19

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengajak seluruh rakyat agar sama-sama mengambil iktibar bahawa sekalipun Covid-19 telah menyebabkan kesusahan yang besar terhadap negara dan dunia keseluruhannya, namun pandemik ini juga merupakan pentas pendidikan terbuka yang mengajar kita semua tentang kepentingan kerjasama, tolong menolong dan bertolak ansur antara rakyat dalam menghadapi musuh secara bersama. Ertinya, jika kita ingin aman dan selamat untuk hidup dalam sebuah negara, kita tidak boleh hanya mementing diri sendiri sahaja.

Demikian titah Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Tuanku Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) selepas berkenan berangkat menyantuni dan menyampaikan sumbangan bantuan agihan zakat beserta ‘Kit MAIPs Peduli’ kepada
Ruslina Senapi, 47 tahun di Kampung Kubang Gajah dekat Arau.

Ruslina yang menghidap sakit tarik tinggal bersama ibu dan kakaknya. Hasil pendapatan beliau ialah dengan mengopek ikan bilis dan merupakan salah seorang penerima ‘Bantuan Fitrah MAIPs’.

Hadir sama mengiringi baginda ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

Pada kesempatan yang sama baginda mengucapkan penghargaan yang tidak terhingga kepada seluruh pihak yang telah bertungkus lumus menjaga dan mempertahankan tanah air ini termasuklah semua Anggota Keselamatan negara serta para ‘frontliners’ yakni barisan hadapan yang bekorban masa dan menggadai nyawa mereka serta mengenetepikan rasa penat dan lelah secara langsung mahupun tidak langsung di mana sahaja mereka berada demi menyelamatkan negara tercinta.

‘Hanya Allah Subhanahu Wa Ta’ala sahaja yang mampu membalas segala jasa yang dicurahkan. Marilah kita sama-sama berdoa agar kemerdekaan kita akan terus terpelihara dan semoga wabak ini akan segera berakhir. InsyaAllah’, titah harapan Tuanku Raja Muda.

(Visited 131 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button