NasionalNegeri

Kempen Lebihkan Makan Buah-Buahan Tempatan: FAMA perkenal buah tarap

LEMBAGA Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) memperkenalkan buah Taraf selaku ‘signatur’ Sabah sempena pelancaran Kempen Lebihkan Makan Buah-Buahan Tempatan.

Buah tarap ini antara 250 kilogram (kg) buah-buahan tempatan lain seperti tembikai merah, tembikai kuning, jambu batu dan pamelo Tenom yang disediakan untuk kempen ini.

Tuanku Syed Faizuddin Putra diiringi Mohd Anzara Azizan melihat buah-buah tempatan selepas melancarkan Kempen Lebihkan Makan Buah-Buahan Tempatan di IPD Tawau, Sabah.

Kesemua buah-buahan ini telah dibekalkan oleh FAMA Sabah dan merupakan hasil keluaran dari Tawau dan Tenom.

Pengarah FAMA Perlis, Mohd Anzara Azizan berkata, kempen ini diadakan sempena Lawatan Kerja Kerajaan Negeri Perlis ke Sabah menerusi Eks PERBAH yang diketuai oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Beliau berkata, Raja Muda juga berkenan melancarkan kempen ini semasa Majlis Berbuka Puasa bersama Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) IPD Tawau, Sabah.

Mohd Anzara berkata, ini merupakan kali ketiga Baginda melancarkan kempen ini.

“Pertamanya pada tahun 2018 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tuanku Lailatul Shahreen, Behor Pulai dan kedua semasa kempen bersama Pusat Kecemerlangan Pendidikan Faizuddin pada 24 Februari lalu di Nyorok Café, Kangar,” katanya dalam kenyataan.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bergambar dengan kakitangan FAMA Sabah semasa melancarkan Kempen Lebihkan Makan Buah-Buahan Tempatan di IPD Tawau, Sabah.

Beliau berkata, dengan pelancaran kempen ini juga sebagai satu platform kerjasama antara FAMA dan Kerajaan Perlis dalam mewujudkan sistem pemasaran yang cekap dan berkesan hasil pertanian di negeri ini bagi membantu pengusaha-pengusaha pertanian.

Katanya, menerusi kempen ini juga dapat memupuk minat masyarakat memilih buah-buahan tempatan sebagai menu dalam setiap hidangan makanan dan memperkenalkan buah-buahan tempatan. – SM

(Visited 112 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button