Nasional

Raja Muda lancar “Program Santai Namun Sampai Ramadan 2022”

PERKAMPUNGAN Warna Warni Seberang Ramai di Kuala Perlis, meriah dengan “Program Santai Namun Sampai Ramadan 2022”, petang semalam.

Program ini anjuran Bank Rakyat dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Majlis diserikan dengan keberangkatan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan anakanda sulung baginda, Sharifah Khatreena Nuraniah Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Suriani Datuk Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi Bank Rakyat, Ahmad Shahril Mohd. Shariff.


Tuanku Syed Faizuddin juga berkenaan melancarkan “Pogram Santai Namun Sampai Ramadan 2022”.

Baginda yang juga Yang DiPertua MAIPs bertitah, penganjuran program ini jelas menunjukkan bahawa Bank Rakyat merupakan satu institusi perbankan yang sentiasa komited dalam menyokong pembangunan sosio ekonomi masyarakat menerusi pelbagai program keusahawanan.

TUANKU SYED FAIZUDDIN PUTRA JAMALULLAIL bersama Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil serta Sharifah Khatreena Nuraniah Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail melakukan acara gimik kebun nutrisi sambil disaksikan Suriani Ahmad ( dua dari kiri) dan Mohd Nazim Mohd Noor (kanan sekali) pada program Santai Namun Sampai Ramadan 2022″ di Kampung Warna Warni Seberang Ramai, Kuala Perlis, petang semalam.

Manakala Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenaan melancarkan Program Desa Tanpa Tunai, anjuran Bank Rakyat.

Selain itu baginda berdua juga menyaksikan penyampaian sumbangan Bank Rakyat yang diserahkan oleh Suriani Ahmad kepada penerima.

Sumbangan Kit Makanan Jelajah Ramadan Bank Rakyat dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bernilai RM29,600 yang diwakil oleh Timbalan Pengarah Pembangunan FAMA Perlis, Fakrol Hayat Abdullah.

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenaan menyaksikan Suriani Saad menyerahkan sumbangan tiket kereta api kepada wakil pelajar B40 UniMAP, Farra Shafiqa Ros Shahini sambil diperhati Mohd Nazim Mohd Noor (kiri sekali) pada majlis “Santai Namun Sampai Ramadan 2022” di Kampung Warna Warni Seberanf Ramai di Kuala Perlis, petang semalam.

Asnaf Felda Chuping menerima RM24,800 yang diwakili Salleh Ismail.

Guru Besar Sekolah LKTP Chuping, Jamaluddin Jusuh mewakili Pelajar Asnaf sekolah berkenaan menerima RM3,700.

Sumbangan sebanyak RM2,500 untuk Pelajar Asnaf Sekolah Rendah Islam 111 Felda Chuping diterima oleh Guru Besarnya, Abd Khadif Lebai Shafie.

Masjid Nurul Huda, Chuping menerima RM10,000 bagi aktiviti mengimarah masjid yang diterima oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kariah Masjid, Syafizan Salim.

Juga sumbangan serahan tiket kereta api pulang ke kampung untuk 50 pelajar B40 Universiti Malaysia Perlis (Unimap) yang diwakili, Farra Shafiqa Ros Shahini.

Kedua baginda dan anakanda juga berkenaan meninjau kebun nutrisi dan program kacau bubur lambuk.

Sementara itu Suraini berkata, Bank Rakyat menyasar empat “Program Desa Tanpa Tunai” pada tahun ini dan salah satunya di Chuping, Perlis.

Beliau berkata, jika sambutan menggalakkan jumlah ini akan ditambah pada masa hadapan.

“Pembelian tanpa tunai bukan sudah menjadi “trend” dan seharusnya penduduk luar bandar juga tidak harus ketinggalan,” katanya pada sidang media. – SM

(Visited 85 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button