PolitikPRK

Tanjung Piai manifestasi kegagalan pemimpin PH fahami rakyat

SUARA MERDEKA: Sangat pelik sebelum menjadi kerajaan merekalah yang menjadi pejuang kepada nasib rakyat yang tertindas. Apa yang tidak mereka lakukan. Bertempur dengan FRU, berguling di atas jalan, sebut saja semua mereka sanggup lakukan.

Bagaimanapun apabila mereka berkuasa, semuanya berubah. Mereka seolah-olah terpisah daripada rakyat. Lebih sibuk ke luar negara dan memotong riben perasmian majlis-majlis dianjurkan korporat.

Jika mereka tidak mempunyai idea untuk membantu rakyat, janganlah menghina mereka dengan kenyataan yang menghiris perasaan. Kenyataan orang kampung patut amat bersyukur dengah harga minyak sawit RM270 setan yang dianggap sebagai pendapatan yang banyak kepada mereka, sangat menyakitkan hati.

Calon Pakatan Harapan PRK Tanjung Piai Karmaine Sardini, berkata harga tersebut sebenarnya amat mencukupi untuk menyara hidup penduduk kampung kerana mereka tidak perlu membayar banyak barang kecuali petrol. Ia menggambarkan betapa cetek pemikiran seorang yang bakal diberi tanggungjawab membawa suara ke parlimen berhujah demi rakyat yang memberi kepercayaan kepadanya. Kemungkinan besar dia hanya akan jadi pak turut.

Menurut Karmaine walaupun pendapatan yang diterima kecil namun penduduk kampung masih boleh makan.

“RM270 banyak bukan sikit. Banyak sebenarnya. Kalau dia ada kebun 10 ekar dia boleh dapat lima tan sekurangnya.

“Lima tan kali RM270 dapat seribu lebih. Untuk orang kampung apa nak sangat bayar? Nak makan sayur tanam sendiri. Cuma yang perlu dia mengisi minyak.

“Jadi bendanya kena bersyukur, walaupun benda tu sikit kita masih boleh makan lagi,” kata Karmaine dalam satu ceramah pilihan raya.

Beliau memang tidak langsung memikirkan untuk meningkatkan pendapatan penduduk kampung supaya memperolehi kedudukan kewangan yang selesa tanpa perlu berhijrah ke bandar.

Dalam keadaan ekonomi yang teruk, kehidupan di bandar tidak menjanjikan apa-apa, hanya sengsara yang bakal menanti mereka yang cuba-cuba mengorak langkah ke bandar tanpa persediaan sewajarnya.

Sebagai rekod Felda Globa Ventures Holdings Berhad (FGV) pernah mengunjurkan harga minyak sawit mentah bagi separuh kedua tahun 2017 pada kadar RM2,700 hingga RM2,900 satu tan.

Menurutnya, FGV berada di landasan betul untuk mencapai sasaran tanam semula sebanyak 14,000 hektar setahun di mana 10,000 hektar ladang ditebang dan daripada jumlah berkenaan 1,478 hektar ditanam pada separuh pertama ini.

Keuntungan sektor perladangan mencatatkan peningkatan memberangsangkan kepada RM148 juta untuk separuh pertama 2017 berbanding rugi RM9.69 juta tempoh sama tahun lalu disokong margin MSM yang tinggi, pengeluaran MSM yang meningkat 12 peratus dan kos pengeluaran MSM menurun 3.0 peratus.

Bagaimanapun apa sudah jadi apabila PH mengambil alih kerajaan segala-galanya menjadi suram dan malang. Ibarat intan disentuk menjadi kaca dan pecah berderai.

Jadi tidak hairan apabila ratusan peneroka dan peladang sawit mengadakan tunjuk perasaan di Parlimen bagi menyatakan rasa kecewa di atas kegagalan kerajaan memastikan harga sawit yang lebih stabil.

Zaman PH tidak ada yang untung, segalanya dilelong dan lebih malang apabila terpaksa berdepan dengan nasib sedemikian untuk tempoh sepenggal lagi iaitu paling tidak tiga tahun lagi dan pastinya menjadi tiga tahun yang amat panjang bagi rakyat berbanding 60 tahun pemerintahan BN. – SM

(Visited 54 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button