Nasionalpilihan

Raja Muda lancar buku puisi Mufti Perlis

RAJA Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat melancarkan buku terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) “Himpunan Puisi Dr. MAZA : Jambangan Puisi Jentikan Nurani” yang diadakan di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Wisma DBP Kuala Lumpur pada pagi tadi.

Keberangkatan Baginda disambut oleh Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Prof. Datuk Seri Dr. Awang Sariyan dan Ketua Pengarah DBP Datuk Abang Sallehuddin Abg. Shokeran serta Mufti Perlis, Prof Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Majlis anjuran DBP itu bermula dengan ulasan buku ‘Bicara Karya’ oleh Sasterawan Negara Datuk Rahman Shaari, diikuti ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Lembaga Pengelola DBP dan juga ucapan Mufti Perlis, ‘Deklamasi Puisi’ oleh Ahmad Shukri Abdullah dan ‘Lagu puisi’ oleh Badrul Hisham Abdul Hamid. – SM


Artikel berkaitan > Sektor swasta diharap labur projek baharu Chuping Agro-Valley – Raja Muda Perlis

(Visited 100 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button