Nasional

16 kilang, 49 premis perniagaan diarah tutup semalam

PASUKAN Task Force Operasi Pematuhan telah mengarahkan 14 kilang, 49 premis perniagaan dan satu tapak binaan ditutup semalam.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kesemua 66 premis berkenaan diarahkan tutup kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah ditetapkan.

Katanya, sejumlah 1,756 buah kilang, 16,010 premis perniagaan, 776 tapak pembinaan dan 256 buah asrama penempatan pekerja telah diperiksa oleh Pasukan Task Force Operasi Pematuhan di seluruh negara.

Sementara itu 12 lokaliti dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan bermula 25 Julai hingga 7 Ogos.

Pelaksanaan tersebut melibatkan enam lokaliti di Kota Kinabalu, Sabah iaitu Taman Sepanggar, Blok D dan E, Apartment Angkasa, Bandar Sinsuran, Kampung Sepakat Jaya Kampung Rampayan dan Kampung Lokub.

Turut dikenakan PKPD di Sabah adalah Kampung Kolam, Kudat; Taman Sabana Fasa 1, Keningau; Kampung Berhala Darat dan Kampung Melayu Bumiputra di Sandakan dan Kampung Nagapas, Jalan Kebun Lama di Papar.

Dua lagi lokaliti melibatkan Taman Hock Ann, Jalan Klang Lama di Kuala Lumpur dan Kuarters Pekerja Ladang Pelitanah 1 dan 2, Dalat, Mukah, Sarawak.

Sementara itu PKPD ditamatkan di Apartment Sri Rakyat, Bandar Bukit Jalil, Kuala Lumpur dan Blok 11 dan 12, Lorong 4, Taman Nuri, Sandakan, Sabah bermula esok.

Ismail Sabri turut memaklumkan seramai 577 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP semalam. Daripada jumlah itu, 542 individu dikompaun manakala 35 lagi direman.

Dalam pada itu Operasi Benteng semalam telah menangkap 29 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) yang cuma memasuki negara ini tanpa dokumen yang sah.

Pada waktu yang sama tujuh orang PATI diusir keluar melalui dua aktiviti pengusiran dalam operasi yang dilaksanakan di seluruh negara.-SM

(Visited 82 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button