Jenayah

Bob Kundang akhirnya kecundang

DALANG utama kumpulan penjenayah yang dikenali sebagai Bob Kundang bersama ahlinya yang aktif melakukan jenayah sekitar Gombak akhirnya tumpas ditangan polis. Mereka ditahan pada 3 Mac dan 4 April lalu.

Turut ditahan dalam dua serbuan berasingan itu ialah empat lelaki termasuk dua warga asing yang berusia 38 hingga 49 tahun.

Menurut laporan BERITA HARIAN, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, kesemua mereka disyaki terbabit dengan jenayah pecah premis.

“Dalang utama iaitu Bob Kundang ditahan pada pukul 12.10 tengah malam di Kampung Baru Kundang.

“Dia ditahan bersama tiga lagi lelaki termasuk dua warga asing yang dipercayai turut terbabit dalam kegiatan itu,” katanya.

Selain tangkapan, turut dirampas ialah dua lori dan peralatan perkakas dipercayai dicuri selain beberapa paket mengandungi dadah jenis syabu dan heroin bagi membantu siasatan.

Menurut Arifai, soal siasat terhadap kesemua suspek akhirnya membawa kepada penangkapan seorang lagi lelaki di sebuah bengkel di Merbau Sempak, Sungai Buloh.

Tambahnya, Bob Kundang didapati mempunyai enam rekod jenayah manakala empat yang lain bebas rekod jenayah.

Kesemua suspek direman selama empat hari bermula hari ini mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan (KK) dan Seksyen 457 KK. – SM

(Visited 350 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button