Politik

Jangan guna SPRM sebagai perkakas untuk buat ‘political persecution’ – Nurul Fadzilah

Srikandi Muda BERSATU Malaysia (SKM) mengecam sekeras-kerasnya tindakan Kerajaan PH – BN yang menggunakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai perkakas untuk membuat ‘political persecution’ dan fitnah jahat ke atas pemimpin-pemimpin pembangkang.

Ketua Srikandi Muda BERSATU Malaysia, Nurul Fadzilah Kamaluddin berpendapat, langkah-langkah jahat itu adalah bagi menutup segala kepincangan yang berlaku di dalam Kerajaan PH-BN.

“Pelbagai kegagalan demi kegagalan dihasilkan Kerajaan PH-BN belum pun mencapai 100 hari usia pentadbiran.

“Antaranya adalah lantikan Timbalan Perdana Menteri di kalangan kluster mahkamah, amalan nepotisme yang direstui, kenaikan harga barangan keperluan asas yang tiada jalan penyelesaian, kebebasan bersuara yang disekat serta janji-janji manisfesto yang dibakul- sampahkan,” katanya.

Ujar Nurul Fadzilah lagi, Srikandi Muda BERSATU Malaysia mendesak supaya Kerajaan PH-BN menumpukan sepenuh tenaga dan perhatian kepada isu-isu rakyat dan bukan membuang masa melakukan ‘witch-hunt’ atau pemburuan politik untuk membalas dendam ke atas Perikatan Nasional yang kini semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.

Srikandi Muda BERSATU Malaysia yakin rakyat Malaysia tidak akan termakan dengan agenda jahat ini yang semata-mata untuk memburukkan BERSATU dan Perikatan Nasional terutama menjelang Pilihanraya 6 Negeri yang akan berlangsung tidak lama lagi.

“Srikandi Muda BERSATU Malaysia juga menggesa SPRM diletakkan di bawah kawal selia Parlimen agar badan tersebut tidak disalahgunakan dan menjadi perkakas ‘government of the day’ untuk membalas dendam terhadap musuh politik,” katanya.

“Srikandi Muda BERSATU Malaysia berharap Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak buat-buat lupa dan mengotakan janjinya dalam mereformasikan institusi-institusi penting di Malaysia dalam agenda ‘good governance’ dan ‘democratic accountability’ beliau,” katanya.

Srikandi Muda BERSATU Malaysia bersependapat dengan YB Pasir Gudang, Hassan Karim dalam perbahasan beliau di Parlimen pada hari ini yang mengingatkan Perdana Menteri tentang pemusatan kuasa yang boleh menyebabkan salahguna kuasa dan korupsi. ‘Absolute power corrupt absolutely’

(Visited 247 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button