NegeriRencah Hidup

Raja Muda berkenan ketuai Kayuhan Amal Hari Terbuka RISDA 2022

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan mengetuai Program Kayuhan Amal Hari Terbuka Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah RISDA 2022.

Kayuhan ini yang bermula dan berakhir di pejabat RISDA juga disertai Pengarah RISDA Perlis, Nor Afzami Isa.

Sempena dengan kayuhan ini juga diadakan acara simbolik penyerahan agihan sumbangan zakat Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) kepada 30 asnaf terpilih melalui Amil Kariah Masjid Al Amin Sempering, Senawi Saad berjumlah RM21,000.

Selain itu menyantuni ke rumah-rumah tiga asnaf iaitu Norazizan Mat @ Zain di Jalan Raja Syed Alwi, Che Bunga Md Sah di Kampung Bakau dan Norhisyam Nayan di Jalan Padang Seberang Ipoh.

Masing-masing turut menerima RM700 dari MAIPs.


Program ini yang disekalikan dengan Kayuhan MAIPs Peduli Bilangan ke 63 bagi tahun 2022 itu juga melawat Projek Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) RISDA di Fixy Gadget dan Kek Viral Leesa di Kangar.

Sempena Hari Terbuka Keluarga RISDA ini, Baginda juga berkenan melakukan lawatan ke gerai-gerai pameran dan menyempurnakan perasmian ‘Hevea Lounge’.

Selain dari pameran yang disertai Kumpulan RISDA Holdings (KRH) juga diadakan pertandingan masakan Pergerakan Wanita Pekebun Kecil (PWPK) RISDA, pertandingan mewarna kanak-kanak, jamuan rakyat serta juga cabutan bertuah. – SM

(Visited 151 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button