Nasional

Raja menyantuni rakyat

Jika sebelum ini Pemangku Raja Johor , DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim selalu diingati kerana keberanian beliau bersuara dan kelantangan baginda menyuarakan buah fikiran dan pandangan demi rakyat Johor.

Kali ini baginda menunjukkan sisinya yang berbeza malah melengkapi sikap baginda yang berjiwa dan menyantuni rakyat.

Baginda kelihatan sempat singgah bersantap di warung tepi jalan dalam lawatan kerja baginda ke Kota Tinggi.

Sebaik sahaja tiba di Warung Asam Pedas Belangkas, baginda mengambil peluang berbual dan bertanya khabar warga Kota Tinggi yang berada di sana.

Malah baginda kelihatan tidak kekok langsung untuk masuk ke dapur dan malah mengambil dan mencedok sendiri lauk pauk ke dalam pinggan bersesuaian dengan konsep kedai itu yang mengamalkan kaedah layan diri.

Itulah sikap seorang Raja dan pemerintah tertinggi kerajaan Johor yang harus disanjung tinggi rakyatnya.

Semoga Allah memberkati Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim dan dipanjangkan usia baginda. – kredit Malaysia Update

(Visited 244 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button