Hiburan

Ara Johari dituduh ambil ‘barang’, minum arak

HANYA kerana mempunyai bentuk badan yang kurus dengan berat hanya 48 kilogram, ada yang menuduh penyanyi, Ara Johari mengambil bahan terlarang dan minum arak.

Kecewa dengan tuduhan yang dilemparkan kepadanya, Ara atau nama sebenarnya Nurfarrah Izzatie Johari sebaliknya enggan mengambil peduli kata-kata orang apatah lagi dia sendiri lebih mengenali dirinya.

“Biarlah orang nak kata apa pun sebab mereka tidak tahu perkara sebenar. Keluarga dan orang sekeliling yang mengenali saya lebih tahu diri saya.

“Kalau mereka nak cakap atau tuduh apa pun biarlah. Nanti bila mereka dah penat dan bercakap, hilanglah isu ini,” katanya.

Menurut Ara lagi, ada juga yang mengaitkan perkara tersebut dengan corak pergaulan sosialnya bersama rakan-rakan lain.

BACA> Fazura merajuk dengan Fattah Amin kerana sandwich

Jelas penyanyi lagu Bunga ini, dia mengakui memang ada rakan sekelilingnya yang lebih sosial termasuk mengambil minuman keras.

“Saya akui, ada segelintir rakan-rakan yang ambil minuman keras tetapi itu alasan untuk menuduh saya sebarangan.

“Saya berkawan dengan ramai orang dan saya tahu apa batas pergaulan dan perkara-perkara yang perlu dielakkan,” ujarnya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai dakwaan yang mengatakan dia mengambil minuman keras hingga terpaksa menarik diri saat akhir di sebuah program televisyen, Ara menafikan perkara tersebut.

Jelasnya, dia terpaksa berbuat demikian kerana menghadapi masalah semput.

BACA> Elsa Pataky mendedahkan perkahwinannya dengan Chris Hemsworth bukan mudah

“Saya berani bersumpah yang saya memang tidak pernah sentuh minuman berasaskan alkohol, apatah lagi barang-barang terlarang seperti dadah,” jelasnya. -SM

(Visited 541 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button