Ekonomi

Jom Pusing Malaysia, betul ke?

BETUL ke Malaysia ada konsep end-to-end user untuk menempah dan mendapatkan pakej percutian secara dalam talian (online) melalui laman web?

Benar, semua boleh dilakukan secara sendiri tanpa melalui proses bertemu atau menghubungi syarikat atau agensi pelancongan terlibat.

Kewujudan plaftorm pelancongan sedemikian merupakan pertama dalam negara ini khsusnya bagi merancakkan semula sektor ekonomi berkaitan ketika pandemik Koronavirus (Covid-19).

‘Jom Pusing Malaysia’ adalah satu inisiatif diwujudkan oleh anak tempatan melalui syarikat Sri Sutra Travel iaitu Octravest Sdn Bhd.

“Melalui platform Jom Pusing Malaysia, pengguna boleh membuat tempahan pakej secara online.

“Tempahan pula selesai dan pengguna boleh terus menikmati pakej percutian sebaik sahaja bayaran dibuat juga secara online.

“Ini merupakan platform tempatan pertama diwujudkan di Malaysia yang merangkumi tempahan pelbagai perkhidmatan seperti hotel, tiket penerbangan dan tiket masuk ke tempat pelancongan.”

Demikian kata Pengarah Urusan Kumpulan Pengurusan Sri Sutra Sdn Bhd, Datuk Syed Mohd. Razif Al-Yahya, hari ini ketika ditemui Suara Merdeka.

Menurutnya Jom Pusing Malaysia merupakan platform sehenti yang membenarkan pengguna membuat tempahan sendiri.

Tanpa melalui ejen pelancongan, pengguna boleh terus membuat pilihan pakej percutian serta kemudahan lain seperti pengangkutan dan sebagainya secara online.

Katanya, dengan kaedah sedemikian, pengguna boleh menjimatkan kos dan pergi bercuti mengikut bajet percutian sendiri.

“Jom Pusing Malaysia menawarkan pakej termurah dari RM59 sehinggalah RM2,999.

“Sempena mempromosikan semula percutian dalam negara. Terdapat pelbagai lagi tawaran pakej menarik seperti di Kuala Lumpur, Pulau Langkawi, Pulau Pinang Melaka, Port Dickson dan Desaru, Johor.” ujarnya.

Selain itu, Syed Mohd. Razif turut memaklumkan pihaknya bersedia untuk bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (Motac) bagi mempromosikan percutian dalam negara.

Malah, platform Jom Pusing Malaysia turut mendapat sokongan daripada Tourism Malaysia sebagai Online Travel Agency (OTA) tempatan.

“Kita bersedia untuk bekerjasama dengan Motac dalam mengembangkan platform ini kerana ia satu-satunya kemudahan pelancongan dalam talian.

“Dengan kewujudan Jom Pusing Malaysia, rakyat dan kerajaan tidak perlu lagi bergantung kepada platform luar negara untuk membuat tempahan hotel dan sebagainya.

“Malah penjimatan dan penjanaan ekonomi kepada produk tempatan bakal diperoleh melalui sokongan daripda Jom Pusing Malaysia,” katanya.

Jom Pusing Malaysia kini menawarkan promosi fasa pertama yang akan berakhir pada Isnin (14 September) nanti.

Bagi fasa kedua pula, lebih banyak promosi dan pakej percutian ditawarkan bermula Oktober nanti. – SM

(Visited 746 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button