Luar Negara

Freedom of Speech, rapper Pablo Hasel bakal ditangkap, lirik lagu berunsur penentangan terhadap kerajaan

Seorang rapper Sepanyol telah mengurung dirinya di sebuah universiti di Catalan bagi mengelakkan hukuman penjara kerana tweet dan lirik lagunya yang berunsur menyerang monarki serta polis.

Nama sebenar Hasel ialah Pablo Rivadulla Duro dan dia juga merupakan antara penyokong kempen kemerdekaan Catalan.

Pablo Hasel diberi waktu hingga Jumaat lalu untuk menyerahkan diri setelah dijatuhi hukuman sembilan bulan kerana menyokong terorisme dan memfitnah institusi negara.

Kemudian dia telah memuatnaik satu tweet mengatakan bahawa dia bersama penyokong di Lleida University.

“Mereka harus masuk untuk membawa saya dan memenjarakan saya,” katanya.

Selain serangan terhadap monarki, tweet dan lirik rapper itu menuduh polis menyeksa dan membunuh demonstran serta migran.

Lleida University terletak di bandar Lérida (Lleida dalam bahasa Catalan), 150km (90 batu) barat Barcelona dan dia dikhabarkan bersama kira-kira 20 penyokong di sana.

Lebih daripada 200 artis, termasuk pengarah filem Pedro Almodóvar dan bintang Hollywood Javier Bardem, telah menandatangani petisyen untuk menentang penangkapannya.

Kerajaan Sepanyol merancang untuk mengurangkan hukuman untuk “crimes of expression” seperti menyokong keganasan, kata-kata berbaur kebencian dan penghinaan kepada sistem diraja dan agama, dalam kes yang melibatkan kegiatan seni atau budaya.

Kerajaan telah berjanji untuk mengkaji semula undang-undang tersebut.

Pembentukan undang-undang mengenai jenayah pertuturan mungkin nampak seperti sebuah subjek akademik yang membosankan.

Namun, ledakan karya seni grafiti di bandar-bandar Sepanyol bagi mempertahankan Hasel dalam masa yang terdekat ini menunjukkan bahawa ramai di kalangan orang muda Sepanyol percaya bahawa ada masalah kebebasan yang dipertaruhkan.

(Visited 119 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button