Politik

Perdana Menteri antara Ismail Sabri dan Muhyiddin Yassin

Persoalan, kebenaran dan keperluan

Cerita paling panas, pada hari Raya Korban Aidil Adha hari ini ialah mengenai perjanjian antara PM DS Ismail Sabri dengan TS Muhyiddin Yassin, mengenai Perjanjian Jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada Parti PBBM (BERSATU).

2. Semalam bekas Ketua Setiausaha Sulit kepada Muhyiddin Yassin (PM), Datuk Dr. Marzuki menyatakan bahawa :

(i). Terdapat satu Perjanjian antara PM Ismail Sabri dengan Muhyiddin Yassin yang telah di tanda-tangani pada 17 Ogos 2021.

Perjanjian tersebut disaksikan oleh seorang Menteri dari BERSATU dan seorang dari UMNO.

(ii). Marzuki mengesahkan bahawa ada perjanjian mengenai jawatan Timbalan Perdana Menteri tersebut. Persefahaman tersebut tercapai ketika kerjasama politik di bentuk berikutan peralihan kuasa Perdana Menteri dari Muhyiddin Yassin kepada Ismail Sabri.

(iii). Ketiga, Dr. Marzuki juga mengesahkan bahawa salah satu Fasa ataupun peruntukkan di dalam perjanjian tersebut, dokumen perjanjian tidak boleh di terbitkan atau di zahirkan dalam apa-apa bentuk.

Ia hanya di simpan untuk rujukan kepada dua-dua pihak.

*REALITI POLITIK HARI INI.*

3. Kerajaan Hari ini, adalah merupakan satu Kerajaan Campuran ataupun *A Coalition Government.*

_A Coalition Government is a government formed jointly by more than one political party. Parties may decide to form a coalition government if there is a hung parliament (parlimen tergantung) where no single party has a clear working majority in The Dewan Rakyat.

4. Secara Realitinya, untuk membentuk satu Kerajaan Campuran, pasti akan ada pelbagai Perjanjian Termertai sebelum Perdana Menteri yang baru mengangkat sumpah.

Saya tidak hairan sekiranya ada perjanjian mengenai jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada parti BERSATU.

*PERSOALANNYA.*

5. Persoalanya ketika sebelum PM Ismail Sabri mengumumkan senarai Kabinet beliau, terdapat ura-ura seorang Ahli Parlimen dari BERSATU akan diangkat sebagai Timbalan Perdana Menteri pada bulan Ogos 2021 tersebut.

Nama-nama yang disebut ialah Azmin Ali, Hamzah Zainuddin (SU Agong) dan Faizal Azumu (Peja), Timbalan Presiden BERSATU.

Akhirnya hanya tinggal 2 nama iaitu Azmin Ali dan Hamzah Zainuddin.

6. Persoalan Kedua, kalau tidak silap saya, Muhyiddin Yassin pada ketika itu, *tidak dapat menamakan* samada mahu memilih Azmin atau Hamzah sebagai Calon TPM.

Akhirnya, keputusan di ambil, untuk tidak mengisikan sesiapa pun ke jawatan TPM tersebut, agar tiada perpecahan berlaku di kalangan Ahli-Ahli Parlimen BERSATU.

7. Saya melihat, Diplomasi yang amat tinggi telah di tunjukkan oleh PM Ismail Sabri mengenai isu ini.

Kerana apabila beliau dilantik sebagai Perdana Menteri, Ismail Sabri mengekalkan kedua-dua Menteri Kanan daripada BERSATU, iaitu Azmin Ali dan Radzi Jidin, tanpa mengugurkan sesiapa pun, padahal kali ini UMNO-BN menerajui Government of The Day.

8. Sebagai ganti, PM melantik Hishammuddin sebagai Menteri Kanan Pertahanan mengantikan tempat beliau.

9. PM Ismail Sabri juga mengambil ketetapan bertolak-ansur dengan mengekalkan jawatan portfolio di Kementerian-Kementerian penting untuk Menteri-Menteri dari Parti BERSATU iaitu :

*MENTERI DALAM NEGERI,*
*MENTERI PELAJARAN,*
*MENTERI KEWANGAN,*
*MENTERI PERTANIAN,*
*MENTERI MITI,*
*MENTERI JPM (EKONOMI),*

Walaupun status Menteri Kewangan menjadi tanda-tanya samada Tengku Zafrul dari BERSATU atau UMNO ?

Yang pasti Tengku Zafrul adalah merupakan Menteri Kewangan lantikan Muhyiddin Yassin dan dikekalkan oleh PM Ismail Sabri.

10. Yang hanya diambil dari BERSATU ialah Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Menteri Kerajaan Tempatan.

Tetapi jawaran-jawatan ini diganti dengan jawatan Menteri di JPM dan Menteri Peladangan dan Komoditi.

11. Secara jujurnya, saya melihat kesabaran serta ketenangan tolak-ansur PM Ismail Sabri terhadap permintaan-permintaan jawatan-jawatan Menteri Kabinet, adalah sesuatu yang boleh di puji dan di hormati, demi memastikan Kerajaan hari ini masih di pimpin oleh seseorang daripada UMNO-BN ataupun PN dan bukan dari Pakatan Harapan.

*PEMILIHAN TPM PADA ZAMAN TUN HUSSIEN ONN.*

12. Setelah Tun Razak meninggal dunia di London, PM Tun Hussien Onn tidak melantik seorang TPM selama beberapa bulan kerana berhadapan dengan kesukaran untuk memilih seorang Calun ke jawatan tersebut.

Pada awalnya, Tun Hussien Onn ingin melantik Tan Sri Ghazali Shafie sebagai TPM, tetapi ini tidak dipersetujui oleh ketiga-tiga Naib Presiden UMNO (ketika itu) iaitu Ku Li, Tun Ghafar Baba dan Tun Dr. Mahathir.

Akhirnya, Tun Hussien di minta memilih diantara ketiga-tiga Naib Presiden ini.

Setelah sekian lama, Tun Hussien memilih Dr. Mahathir sebagai Timbalan Perdana Menteri.

*PEMILIHAN TPM ZAMAN TUN ABDULLAH.*

13. Pemilihan seorang TPM di Zaman Tun Abdullah juga mengambil sedikit masa, apabila Tun Abdullah mempunyai 2 pilihan ketika itu iaitu samada memilih Dato’ Seri Najib Razak atau Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Setelah sekian lama, Tun Abdullah memilih Najib Razak sebagai TPM.

Yang anehnya ketika itu, Tun Mahathir sebagai bekas PM, telah mengumumkan Najib sebagai TPM, walaupun pada hakikatnya Tun Abdullah belum lagi membuat sebarang keputusan.

*PERALIHAN KUASA ANTARA TUN MAHATHIR KEPADA TUN ABDULLAH.*

14. Menyingkap lembaran sejarah, tentu kita ingat ketika peralihan kuasa diantara Tun Mahathir kepada Tun Abdullah pada tahun 2003, terdapat 3 perjanjian antara mereka berdua.

Salah satu perjanjiannya ialah agar Tun Abdullah meneruskan Projek Jambatan Bengkok antara Johor Bharu ke Singapura.

15. Setelah Tun Abdullah mengambil alih jawatan PM, Projek Jambatan Bengkok tersebut dibatalkan kerana setelah Tun mengadakan perbincangan dengan Ahli-Ahli Parlimen serta pemimpin politik dari Negeri Johor, majoriti mereka menolak Projek tersebut kerana ianya tidak sesuai dan tiada keperluan.

*JAWATAN TPM – TIADA KEPERLUAN KETIKA INI.*

16. Sejujur-jujurnya melihat isu yang hampir sama mengenai janji, rata-rata Rakyat dan Netizen merasakan perlantikan seorang Timbalan Perdana Menteri pada ketika ini *TIADA KEPERLUAN MENDESAK* dan amat tidak sesuai ketika Negara berhadapan dengan Inflasi dan berkemungkinan bakal berhadapan dengan kegawatan ekonomi.

Malah, Rakyat mahu melihat PM dan Menteri-Menteri Kabinet memotong Elaun mereka sebanyak 10% peratus, bagi menunjukkan komitmen serta perihatin PM dan Menteri-Menteri terhadap rakyat yang dalam kesusahan.

17. Akhirnya, yang jelas kelihatan besar kemungkinan permintaan daripada Parti BERSATU ini tidak akan ditolak, hanya berkemungkinan, ini bukanlah masa dan waktu yang sesuai untuk melantik seorang Timbalan Perdana Menteri.

18. *Kita tunggu keputusan dari PM Dato’ Sri Ismail Sabri.*

*Perlantikan seorang Timbalan Perdana Menteri adalah prerogative (ataupun hak mutlak), Perdana Menteri.*

19. Apa pun ketika ini, Parti BERSATU masih mempunyai 2 Orang Menteri Kanan, yang mempunyai Status seperti seorang Timbalan Perdana Menteri.

Negara perlu fokus kearah menangani Inflasi dan memulihkan ekonomi negara dan bukannya berbalah mengenai jawatan-jawatan tertinggi politik. – SM

 

(Visited 680 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Dato' Saiful Bahar

Penulis merupakan bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (2008-2009), bekas Setiausaha Sulit Kanan kpd. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (2009-2013). Beliau juga bekas Penasihat Khas kpd. Menteri Peladangan dan Komoditi (2016-2018). Pernah bertugas dengan 3 Menteri dan seorang Timbalan Menteri serta telah berkhidmat di 8 Kementerian sepanjang 18 tahun di Putrajaya. Ketika ini, beliau merupakan Penganalisa Politik dan Polisi Kerajaan untuk Badan Bebas dan News Portal.

Related Articles

Back to top button