PRK

Rahman persoal peruntukan RM38b yang diterima Shafie ketika menjadi Menteri

KE MANA pergi peruntukan RM38.8 bilion yang diterima Datuk Seri Mohd Shsfie Apdal ketika menjadi Menteri Kemajuan Bandar?

Persoalan itu dilontarkan oleh Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

Ini kerana sepanjang menjadi menteri yang bertanggungjawab untuk pembangunan luar bandar, Ketua Menteri Sabah itu menerima peruntukan yang besar.

Sewajarnya kata Rahman, peruntukan itu dimanfaatkan oleh Mohd Shafie untuk pembangunan, kebajikan, bantuan, subsidi dan juga peluang pekerjaan khususnya kepada rakyat Sabah.

Katanya, selama tujuh tahun Mohd Shafie menjadi menteri luar bandar dan beliau menerima peruntukan sebanyak RM 34.8 bilion.

“Tujuan Najib Razak melantik beliau kerana ia mahu orang Sabah membangunkan pembangunan di Sabah. Hanya orang Sabah yang memahami tentang kehendak dan keunikan negeri ini.

“Apabila mendapat RM34.8 bilion, kenapa tidak mengutamakan keperluan rakyat negeri Sabah,” katanya semasa Diskusi Pilihan Raya Kecil (PRK) P.176 Kimanis anjuran Penerangan UMNO Malaysia, di Kimanis.

Rahman yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri turut menjelaskan bahawa bekas Perdana Menteri itu ada menyebut bahawa keistimewaan ini diberikan kepada Mohd Shafie.

“Janganlah kamu cemburu kerana inilah keperluan orang-orang Sabah dan biarlah Shafie mendapat kelebihan dari menteri-menteri yang lain.

“Pada masa yang sama segala projek-projek di bawah RM50 juta boleh diluluskan olehnya tanpa dirujuk oleh Kementerian Kewangan dan hanya diputuskan di peringkat kementeriannya,” ujarnya.

Tambah beliau lagi, sekarang ini kerajaan Warisan mahu menuntut 80 peratus dari kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Sesuatu yang belum ada dalam tangan yang diharapkan, tetapi semasa menjawat Menteri RM34.8 bilion sudah ada dalam tangan. Kenapa tidak membangunkan Sabah?

“Harapan orang Sabah semasa beliau menjawat jawatan menteri terlalu tinggi termasuk saya sendiri dan negeri-negeri lain pun memahami bajet yang diberikan untuk Sabah itu terlalu tinggi,” katanya.

Selama tujuh tahun Shafie Afdal menjadi Menteri KKLW dan beliau menerima peruntukan sebanyak RM 34.8 bilion.

“Tujuan Najib Razak melantik beliau kerana ia mahu orang Sabah membangunkan pembangunan di Sabah dan hanya orang Sabah yang memahami tentang kehendak dan keunikan negeri ini.

“Apabila mendapat RM34.8 bilion, kenapa tidak mengutamakan keperluan rakyat negeri Sabah?,” katanya semasa Diskusi Pilihan Raya Kecil (PRK) P.176 Kimanis anjuran Penerangan UMNO Malaysia, Selasa malam.

Rahman yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri turut menjelaskan bahawa bekas Perdana Menteri itu ada menyebut bahawa keistimewaan ini diberikan kepada Shafie.

“Janganlah kamu cemburu kerana inilah keperluan orang-orang Sabah dan biarlah Shafie mendapat kelebihan dari menteri-menteri yang lain.

“Pada masa yang sama segala projek-projek di bawah RM50 juta boleh diluluskan oleh KKLW tanpa dirujuk oleh Kementerian Kewangan dan hanya diputuskan di peringkat kementeriannya,” ujarnya.

Tambah beliau lagi, sekarang ini kerajaan Warisan mahu menuntut 80 peratus dari kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Sesuatu yang belum ada dalam tangan yang diharapkan, tetapi semasa menjawat Menteri RM34.8 bilion sudah ada dalam tangan. Kenapa tidak membangunkan Sabah?

“Harapan orang Sabah semasa beliau menjawat jawatan menteri terlalu tinggi termasuk saya sendiri dan negeri-negeri lain pun memahami bajet yang diberikan untuk Sabah itu terlalu tinggi,” katanya.

(Visited 240 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button