Ekonomi

Rafizi tidak wajar perlekeh suara rakyat

Rafizi Ramli tidak sepatutnya mempersendakan hasil kajian yang mendapati majoriti rakyat kecewa dengan usaha kerajaan menangani isu inflasi dan kos sara hidup.

Menurut kajian 58 peratus rakyat masih belum berpuas hati dengan prestasi Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam usaha menangani isu berkenaan.

Rafizi selaku menteri ekonomi ketika memberi reaksi terhadap kajian itu menyatakan dapatan berkenaan juga jelas menunjukkan 48 peratus berpuas hati dengan kerajaan.

Dapatan tersebut adalah hasil kaji selidik oleh pusat penyelidikan pendapat awam, Endeavour-MGC yang didedahkan pada Selasa.

Kajian itu menggunakan persampelan rawak berstrata membabitkan 1,068 responden, 791 daripadanya adalah responden Melayu dari 4 hingga 18 April lalu, dengan margin kesilapan keputusan adalah antara tiga dan 3.5 peratus berdasarkan bilangan pemilih berdaftar di Semenanjung, setakat Jun 2022.

Kaji selidik menunjukkan kira-kira 52 peratus responden Melayu dan 46 peratus responden semua kaum tidak berpuas hati dengan hal itu, manakala 22 peratus daripada keseluruhan responden mahu dua isu berkenaan diberikan fokus utama, dan kira-kira 21 peratus responden Melayu menyuarakan hal sama.

Selain itu, kajian turut mendapati sebanyak 57 peratus dan 48 peratus masing-masing daripada responden semua kaum dan Melayu berpuas hati dengan Belanjawan 2023 yang dibentangkan oleh Anwar, yang juga Menteri Kewangan.

Namun begitu, peratusan responden Melayu yang tidak bersetuju dengan keputusan Kerajaan agar tidak membenarkan satu lagi pengeluaran khas simpanan dalam skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah paling tinggi iaitu 51 peratus, manakala responden semua kaum sebanyak 44 peratus.

Rafizi sepatutnya memberi penjelasan bagi meredakan kebimbangan rakyat terhadap masa hadapan negara dan bukan mempersendakannya.

Ini jelas menunjukkan Rafizi masih lagi terbelenggu dengan pemikiran pembangkangnya dan terlupa peranan sebenar sebagai menteri.

Sudahlah beliau ketika menjadi pembangkang sering memaparkan diri sebagai pakar ekonomi yang hebat dengan pelbagai formula ajaib dan apabila kuasa di tangan sendiri Rafizi gagal sepenuhnya.

Jadi tidak hairan apabila ada desakan dari dalam kerajaan supaya Rafizi digugurkan dari kabinet kerana pemimpin PKR itu tidak mempunyai material sebagai menteri.

Mungkin jawatan menteri berkenaan lebih sesuai diserahkan kepada pemimpin Umno Datuk Seri Johari Ghani yang lebih berpengalaman kerana dalam situasi negara masakini negara tidak boleh menunggu terlalu lama untuk melihat hasil setiap polisis kerajaan.

Kita khuatir denga senarai menteri mentah begitu ramai dalam kabinet Anwar akan menyebabkan negara menuju kegawatan lebih teruk.

Situasi sekarang sepatutnya lebih baik berbanding ketika fasa pandemik, tetapi sebaliknya yang berlaku.

(Visited 503 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button