Nasional

Rafizi pertikai Menteri Besar Selangor, tak ambil tindakan terhadap kilang

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mempertikai Kerajaan Selangor dan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari kerana masih membiarkan kilang beroperas di negeri itu.

Menurut Rafizi, lesen operasi kilang boleh ditarik balik jika gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

“Kes Covid-19 tidak turun-turun, ramai minta tutup operasi kilang.

“Soalan kepada kerajaan Selangor dan Amirudin, kalau Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bagi lesen pelepasan pun, tetapi, kerajaan Selangor tarik balik lesen PBT, kilang kena tutup jugakan? Kenapa tak buat begitu? Mohon sekolahkan saya,” kata Rafizi menerusi Twitternya, semalam.

Jelasnya, kuasa ada kepada kerajaan negeri Selangor kecuali ia digantung disebabkan darurat.

Katanya, di bawah Seksyen 102(s) di bawah bidang kuasa tambahan, PBT diberi kuasa (melalui kaedah pelesenan) untuk mengawal, menyelia (termasuk menutup) perniagaan atau perindustrian dari jenis yang memudaratkan orang ramai.

“Saya semak Akta PBT, ada beberapa peruntukan khusus mengenai lesen untuk premis atau industri beroperasi yang boleh dipertimbang dalam keadaan terdesak ini.

“Punca kuasa dari Seksyen 107 mengenai kuasa memberi lesen untuk beroperasi. 107(2) beri hak untuk tarik lesen tanpa beri alasan. Sebab setahu saya kuasa itu ada pada Kerajaan Negeri, kecuali semua kuasa Kerajaan Negeri digantung masa darurat,” katanya. – SM

(Visited 440 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button