Politik

Rafizi hilangkan diri daripada mereka yang tidak menghargainya – Wong Chen

KUALA LUMPUR – Sebab paling munasabah Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mengambil keputusan meninggalkan arena politik adalah untuk beliau menghilangkan diri daripada ‘mereka yang tidak menghargainya’.

Menurut Ahli Parlimen Subang Wong Chen, sejak Pilihan Raya Umum ke-14, Rafizi terpaksa berdepan dengan pelbagai kes di mahkamah sivil. Beliau berjuang untuk terus hidup dengan dana sendiri yang terhad selama setahun.

Wong tidak merasakan yang Rafizi mahukan ganjaran, cuma mahukan sumbangan dan pengorbanan yang dilakukan dihargai dan menurut beliau, Rafizi sepatutnya dilantik menjadi senator.

“Ramai yang sumbangan mereka tidak seberapa berbanding Rafizi tetapi telah menerima jawatan selesa di kementerian.

“Saya tidak dapat menahan kesedihan melihat ahli politik paling bekerja keras dan terbaik di generasi ini meninggalkan pentas politik. ‘Bravo’ sahabatku, semoga takdir membawa kita pada jalan yang sama suatu hari nanti,” katanya.

WONG CHEN

Wong turut mendedahkan kurang 10 orang ahli Parlimen Pakatan Harapan mengucapkan tahniah kepada Rafizi atas pembebasan beliau daripada daripada hukuman penjara 30 bulan baru-baru ini.

Menurut Wong, setidak-tidaknya ahli Parlimen Pakatan Harapan sepatutnya mengucapkan tahniah atas pembebasan Rafizi.

“Saya mengira kurang daripada 10 orang anggota ahli Parlimen mengucapkan tahniah kepadanya dalam kumpulan WhatsApp PH.

“Tidak hadir perbicaraan untuk menyokongnya boleh dimaafkan tetapi tidak mahu menaip mesej ringkas untuk mengucapkan tahniah kepada Rafizi kerana takut menyinggung pimpinan atasan, adalah mengecewakan,” katanya.

Rafizi hari ini mengumumkan keluar daripada dunia politik untuk menumpukan pada kehidupan baru, mengatakan beliau berada pada peringkat kehidupan di mana beliau “perlu belajar”.

“Ia jelas saya diciap kerana saya menjelaskan bahawa saya tidak akan kembali kepada politik.

“Ini adalah tahap kehidupan saya apabila saya perlu belajar. Hanya melalui pembelajaran kita boleh menjadi lebih baik & menyumbang yang lebih baik,” kata Rafizi di Twitter.

Mahkamah Tinggi pada 15 November lalu membebaskan Rafizi daripada hukuman penjara 30 bulan membabitkan kes mengikut Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (Bafia).

Keputusan itu dibuat selepas Rafizi membuat rayuan terhadap sabitan dan hukuman yang dikenakan terhadapnya oleh Mahkamah Sesyen pada 7 Februari lalu selepas didapati bersalah mendedahkan 4 akaun bank berkaitan National Feedlot Corporation (NFC) dan pengerusinya, Mohamad Salleh Ismail.-SM

 

(Visited 146 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button