AgamaNasionalNegeri

Raja Perlis terima mengadap Menteri Agama

RAJA Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan menerima mengadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar di Kangar, petang semalam.

Berangkat sama, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merangkap Yang DiPertua Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Tuanku Syed Sirajuddin yang diiringi Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan mengurniakan cendera kenangan kepada Dr. Mohd Na’im semasa diterima mengadap di Kangar.

Turut hadir Mufti Perlis, Prof. Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Menteri Agama itu berada di Perlis sempena lawatan kerja selama dua hari pada 22 dan 23 April.

Beliau turut mengadakan lawatan ke pusat pendidikan dan sekolah-sekolah serta beberapa program lain termasuklah ke Maahad Attarbiyah Al-Islamiyah (MATRI) Perlis dan Program Jom Ke Sekolah (JKS) 2024, Peringkat Negeri Perlis yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan (SK) Tambun Tulang, Arau. – SM

BACA Raja, Raja Perempuan Perlis terima mengadap Timbalan Menteri Kesihatan

(Visited 26 times, 26 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button