fbpx
Rencah Hidup

Rafidah empunya butik Sellection

Asbab menjual mufin pisang di Kanada

PARA peminat beg tangan berjenama dan mewah boleh melihat sendiri koleksi sedia ada dan yang terbaharu di butik Sellection milik pasangan suami isteri, Nur Rafidah Khairuddin dan juga Abdul Hadi Wisman.

Outlet yang telah dibuka pada tahun 2018 yang terletak di Wangsa Melawati, Kuala Lumpur itu memberi peluang peluang kepada masyarakat untuk memiliki barangan berjenama dan berkualiti pada harga mampu milik.

Pengasas Sellection, Nur Rafidah menjelaskan, harga yang ditawarkan di premisnya adalah 30 peratus hingga 50 peratus daripada harga jualan di butik utama barangan berjenama tersebut.

“Yang pastinya, semua barangan itu adalah tulen dan baharu serta dibeli terus dari outlet di Amerika Syarikat, Kanada dan Eropah, Ia juga bukan hanya untuk wanita semata-mata tetapi terdapat juga koleksi untuk kaum lelaki,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis makan malam dan penghargaan Sellection di Black Pearl Event Space, Shah Alam baru-baru ini.

Menurut Rafidah, 31, barangan berjenama Coach merupakan pilihan popular kebanyakan pelanggan di Malaysia dan disebabkan itu pihaknya sentiasa menyediakan stok yang mencukupi untuk memenuhi keperluan pelanggan.

“Namun, kami juga ada menawarkan jenama lain yang turut popular seperti Michael Kors, Kate Spade selain barangan berjenama Eropah seperti LV, Channel dan Burberry,” jelasnya sambil menambah Sellection kini telah dinaiktaraf sebagai Online Premium Outlet pertama di negara ini.

Anak bongsu daripada tujuh adik beradik dan berasal dari Ipoh, Perak itu menerangkan, disebalik kejayaan pembukaan butik sulungnya itu, tersimpan seribu cerita suka duka yang menjadikan beliau semakin matang dalam menghadapi dunia perniagaan yang mencabar ini.

Bermula hanya dengan berniaga  mufin pisang di kafe sekitar Montreal, Kanada pada tahun 2015, ia sebenarnya telah  menjadi satu faktor pencetus  untuk usahawan ini menceburi perniagaan sebagai personal shopper.

Rafidah berhijrah ke Kanada kerana mengikut suaminya, Abdul Hadi  pada tahun 2014.

Sepanjang pengalamannya di negara orang terutama pada awal sesi penghijrahannya di sana, pelbagai kerja telah dilakukan termasuklah menjadi pembantu hotel, mengemas hotel dan pembantu dapur sehinggalah beliau tekad untuk menjual mufin pisang di kafe sekitar Montreal.

Tanpa mengenal erti jemu, kekuatan diri dan semangat positifnya mendatangkan hasil apabila makanan sihat yang dihasilkan daripada resipi menggunakan tepung bebas gluten itu berjaya menembusi sembilan buah kafe di sekitar Montreal.

Biasalah, wanita apabila mereka berjaya mengumpul wang hasil daripada jualan makanan tersebut pastinya akan mencari ruang dan peluang untuk memanjakan diri dengan membeli apa yang diingini.

Pastinya pusat beli belah adalah lokasi terbaik untuk merealisasikan impian wanita berkenaan.

“Saya berkunjung  ke Shopping Outlet dan dari situ, terlintas idea baharu untuk mencuba menjadi personal shopper dan mula meneroka pelbagai jenis barangan berjenama untuk ditawarkan dalam platform beli belah secara  online.

“Apabila percubaan saya menjadi personal shopper berjaya dan semakin berkembang maka perniagaan jualan muffin pisang terpaksa dikorbankan,” jelas Rafidah.

Graduan Sains Politik dari Universiti Sains Malaysia dan pernah menjawat jawatan sebagai Software Tester di Montreal itu amat meminati beg tangan berjenama mewah dan popular tambahan pula harga yang ditawarkan di sana jauh lebih rendah daripada harga di Malaysia.

Niatnya kini adalah untuk melihat ramai rakyat tempatan memakai barangan berjenama itu dan beliau telah berkongsi pelbagai video dan demonstrasi tentang beg tangan, artikel berhubung fesyen yang bermanfaat kepada pengikut.

Usaha tersebut berbaloi kerana jumlah pengikutnya semakin bertambah dan jumlah tempahan yang diterima juga turut meningkat melalui sistem pra tempahan yang ditawarkan.

Mereka boleh mendapatkan segala maklumat termasuk katalog barangan yang dijual di halaman facebook dan laman sesawang rasmi.

“Sebenarnya bukan mudah untuk orang luar mempercayai perniagaan seumpama ini apatah lagi ia dilaksanakan secara online, namun saya bina kepercayaan itu sedikit demi sedikit dengan menawarkan perkhidmatan pelanggan yang terbaik.

Rafidah memaklumkan,  pada tahun 2017, mereka  membuat keputusan untuk kembali ke tanah air bagi memberikan tumpuan penuh kepada perniagaan beli-belah secara online dan legasi Sellection.

Buat permulaan, Rafidah menjadikan medium Facebook Page sebagai ruang untuk melebarkan perniagaannya sebagai personal shopper melalui jenama Branded Handbags & Kitchenware by Rafidah.

Melangkah lebih jauh, usahawan ini  membuka cawangan sulung Sellection di Ground Floor, 10, Jalan Wangsa Setia 4, Wangsa Melawati, Kuala Lumpur.

Ternyata idea itu berjaya kerana ramai pelanggannya lebih suka berkunjung ke outlet ini dan boleh menilai sendiri kualiti produk yang mahu dibeli.

Bagi memenuhi permintaan yang terus meningkat, Rafidah kini tidak perlu terlalu kerap ke luar negara kerana syarikat memiliki kumpulan pekerjanya di sana bagi urusan pembelian dan pemasaran.

Selain itu, syarikat juga menawarkan peluang perniagaan kepada usahawan yang berminat untuk menjadi rakan niaga atau reseller yang sedia bekerjasama dengan pihaknya.

Mereka yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Sellection, boleh menghubungi di talian 03-414 20000 dan laman sesawang, www.sellection.com. – SM

 

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button