Ekonomi

CBP perkenal platform terbaharu pembelian Takaful Kenderaan dan Cukai Jalan secara atas talian

BERTEPATAN dengan perkembangan perkhidmatan perbankan secara digital, Co-opbank Pertama (CBP) telah melangkah setapak lagi ke hadapan dengan pengenalan perkhidmatan pembelian Takaful Kenderaan dan Cukai Jalan secara atas talian.

Melalui perkhidmatan ini, pelanggan bukan sahaja dapat memilih syarikat takaful yang menawarkan perlindungan yang terbaik pada harga terendah, malah pelanggan juga boleh terus memperbaharui Cukai Jalan kenderaan mereka di dalam satu platform yang sama.

Ketua Pegawai Komersial CBP, Encik Mohd Faris Kamaruddin berkata, pelanggan mempunyai pilihan membuat bayaran sama ada menerusi akaun bank mereka atau melalui kad kredit .

“Pelanggan hanya memerlukan beberapa minit sahaja masa untuk melengkapkan transaksi pembelian Takaful Kenderaan dan Cukai Jalan mereka dengan menggunakan platform ini.

“Perkhidmatan ini disediakan dengan kerjasama rakan strategik digital CBP iaitu Sedania As Salam dan pengendali platform digital, Senang,”katanya menerusi satu kenyataan media, hari ini.

Tambahnya lagi, untuk menggunakan perkhidmatan ini, pelanggan hanya perlu melawat laman sesawang CBP ataupun mengimbas kod QR yang terdapat di cawangan-cawangan CBP diseluruh negara atau menerusi pautan yang dikongsi melalui media sosial CBP.

Beliau berkata, CBP yakin dengan pengenalan perkhidmatan terbaru ini akan menarik minat lebih ramai pelanggan dan anggota CBP untuk membeli Takaful Kenderaan dan memperbaharui Cukai Jalan mereka bersama CBP.

“Perkhidmatan pembelian Takaful Kenderaan dan pembaharuan Cukai Jalan ini akan memberi manfaat kepada lebih 400,000 pelanggan dan anggota CBP,”katanya. – SM

Baca ini > CBP catat keuntungan RM12O.43

(Visited 22 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button