Ekonomi

Maxis komited sokong komuniti dengan keperluan berbeza sempena Raya

SEMPENA Hari Raya ini, Maxis telah melancarkan beberapa inisiatif untuk membawa keriangan kepada keluarga B40, pelajar dan orang kurang upaya (OKU).

Memperkasa komuniti dengan kemahiran digital Sempena dengan kempen Riang Raya Maxis dengan kerjasama Persatuan OKU Sentral, Maxis juga akan menjalankan sesi khas program eKelas Usahawan untuk golongan OKU.

Senator Datuk Ras Adiba binti Mohd Radzi, Ahli Dewan Negara dan Presiden Persatuan OKU Sentral yang hadir pada majlis pelancaran kempen Raya Maxis berkata: “Golongan OKU amat luar biasa dan mempunyai bakat yang berbeza, oleh itu mereka sering menjadi pengguna awal teknologi untuk membolehkan mereka melakukan lebih banyak perkara.

“Ia amat menginspirasikan untuk lihat bagaimana kita boleh memperkasakan mereka bagi mengembangkan peluang pendapatan dan mencapai kemungkinan baharu dengan alatan digital yang betul.

“Kami gembira dapat bekerjasama dengan Maxis untuk membawa impak positif kepada komuniti dan juga, untuk memastikan mereka tidak ketinggalan.”

eKelas Usahawan Maxis merangkumi bengkel pemasaran digital dengan pendekatan praktikal untuk melengkapkan peserta dengan alat dan kemahiran digital yang mampu mengembangkan perniagaan dan pendapatan mereka.

Antara modul yang telah dikembangkan termasuklah petua dan kemahiran asas pemasaran dan fotografi digital, penulisan salinan, serta perancangan kempen pemasaran dan pengiklanan melalui platform dalam talian dan media sosial.

Menyokong keluarga dan pelajar B40 Lebih daripada 150 kotak makanan telah diedarkan kepada seisi rumah B40 di Pasir Mas dan Rantau Panjang, Kelantan, yang terjejas akibat banjir. Untuk menyokong perniagaan mikro pula, kotak makanan tersebut diisi dengan pelbagai biskut Raya yang dijual oleh usahawan wanita dari komuniti yang sama dengan bantuan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kampung Repek, Kelantan.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Maxis kerana membantu keluarga yang terjejas akibat banjir. Kami menghargai bantuan yang dihulurkan kepada komuniti Kampung Tersang,  Rantau Panjang yang menjadikan sambutan perayaan Hari Raya lebih bermakna,” kata Syed Zainal Syed Mamat, penerima kotak makanan daripada Kampung Tersang, Rantau Panjang.

Selain itu, pelajar dari komuniti B40 telah menerima bantuan peralatan sekolah. Seramai 50 orang pelajar dari SMK Padang Garuda di Pahang menerima sumbangan tersebut, berserta dengan panduan untuk menyertai program eKelas Maxis.

eKelas adalah program komuniti utama Maxis yang menyediakan akses kepada pendidikan berkualiti untuk pelajar Tahun 4 hingga Tingkatan 5 melalui tutorial secara langsung, pembelajaran berkumpulan, pertandingan dan kandungan digital selaras dengan Sukatan Pelajaran Sekolah Malaysia. Pelajar boleh mendaftar secara percuma di www.ekelas.com.my atau memuat turun aplikasi eKelas di Play Store atau Apple Store.

(Visited 186 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button