Nasional

Operasi kedai makan, runcit dilanjutkan hingga 12 tengah malam

KERAJAAN hari ini membenarkan semua pengusaha restoran, gerai makan dan perniagaan menjual makanan beroperasi sehingga pukul 12 tengah malam.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kedai-kedai serbaneka dan runcit juga dibenarkan beropersi sehingga pukul 12 tengah malam.

“Dalam kerajaan memberi kebenaran untuk beroperasi sehingga pukul 12 malam, diharapkan agar semua pihak patuh kepada prosedur operasi standard (SOP).

“Harus ditegaskan di sini bahawa penjarakan sosial tetap perlu diamalkan selain daripada menjaga kebersihan diri,” katanya.

Menurut Ismail Sabri lagi, kerajaan juga membenarkan surau di pusat beli belah dan kawasan Rehat dan Rawat (R&R) dibuka kepada orang ramai.

Beliau berkata, orang ramai yang ingin menunaikan solat di surau perlu menjaga disiplin diri dengan mengamalkan penjarakan sosial – SM

(Visited 382 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button