Alam SekitarBanjir

PVAC bantu mangsa banjir lumpur Yan

Perlis Volunteer Action Community (PVAC) dengan bantuan HPA Industries telah mewakili Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) menyerahkan sumbangan bahan makanan asas untuk 300 buah keluarga penduduk Kampung Perigi, Yan, Kedah dan beberapa kawasan disekitarnya seperti Kg Pauh, Kg Sungai Udang dan Kg Setul yang terjejas akibat bencana lumpur fenomena kepala air yang berlaku di kaki Gunung Jerai baru-baru ini.

Demikian menurut siaran media MAIPs yang memaklumkan bahawa Pengerusi Perlis Volunteer Action Community (PVAC), Effendey Harun hadir menyerahkan sumbangan berupa beras, gula, garam, tepung dan bihun tersebut kepada bekas Setiausaha Sulit DYMM Tuanku Raja Perlis iaitu Hj Mohd Sokri Hussin yang kini mengusahakan ‘Homestay Harmoni’ di Lot 1491, Kampung Perigi, Yan sejak beliau bersara wajib dari perkhidmatan awam beberapa tahun yang lalu sebagai amanah untuk diagihkan kepada mereka-mereka yang masih memerlukan bantuan di kawasan terbabit semalam.

Simbolik pelepasan para sukarelawan PVAC seramai 12 orang dalam misi kali ini tersebut disempurnakan oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di di perkarangan Bangunan Pejabat MAIPs 2, Kangar sebelum ini yang diiringi sama oleh Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Hj Mohd Nazim Mohd Noor dan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri, Mohammad Hazam Ismail.

Bahan makanan mentah berkenaan adalah sebahagian daripada sumbangan yang telah disalurkan oleh Kelab Permotoran DZ Bikers Malaysia yang dipimpin oleh Datuk Hj Zailan Mohamed dan mendapat kerjasama daripada Tengku Laksamana Kelantan Tengku Abdul Halim Ibni Almarhum Sultan Ibrahim dan Tengku Puan Laksamana Kelantan Dato’ Seri DiRaja Sharifah Azwan Binti Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail.

Sementara itu dalam aktiviti berasingan, Tuanku Raja Muda yang juga merangkap Pengerusi Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis berkongsi mengenai sambutan ‘Hari Pembasmian Kemiskinan Antarabangsa’ yang diraikan pada setiap 17 Oktober bagi meningkatkan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan mengakhiri kemiskinan global. Pada hari ini, anggaran kemiskinan global adalah seramai lebih kurang 8.6 peratus dari populasi dunia. Menurut Bank Dunia, Sudan Selatan mencatatkan kadar kemiskinan tertinggi di dunia iaitu sebanyak 82.3%.

(Visited 375 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button